Dambakan cahaya mata

on Thursday, August 1, 2013


Hampir tiga tahun usia perkahwinan itu, namun Raja Farah dan Megat masih belum dikurniakan cahaya mata.Sebenarnya itulah yang dinantikan Raja Farah bersama suami sejak sekian lama. Namun dengan kesibukan masing-masing mereka cuma mampu berserah kepada Allah.

Raja Farah menjelaskan, dia dan suami sememangnya inginkan cahaya mata tetapi masih belum mempunyai rezeki lagi.
"Saya dan suami memang sedang berusaha ke arah itu. Kami ada juga pergi berjumpa doktor dan syukur tiada sebarang masalah dengan tahap kesuburan kami.

"Saya anggap belum ada rezeki daripada Allah S.W.T lagi. Mungkin tidak sekarang, tetapi mungkin bulan hadapan, tahun depan, Insya-Allah," katanya yang juga sibuk dengan perniagaan Snogurt.

Semua dugaan itu diambil oleh Raja Farah dengan positif. Apa yang penting, sikap memahami dan mengambil berat menjadi salah satu keistimewaan yang ada pada suaminya.

Tidak kurang juga, Raja Farah mengakui menjelang Hari Raya Aidilfitri ini, dia mungkin akan balik awal ke Kelantan kerana keinginannya untuk berjumpa seorang bidan kampung.

"Saya akan berurut. Semua saya ikhtiarkan kerana memang tidak sabar untuk mendapat anak," katanya yang juga akan mengambil peluang belajar memasak resipi daripada mentua.

Dalam pada itu, Raja Farah juga memberitahu keinginannya untuk mengerjakan umrah bersama suami.

"Sekarang masih sibuk dengan kerja masing-masing. Mungkin selepas ini, kami akan pergi umrah bersama-sama," ujarnya.
sumber : http://www.utusan.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment