Ketika ditemui pada program Melodi Raya yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada minggu lalu, isteri kepada pengarah Heykal Hanafiah itu menyatakan tindakan tersebut bukanlah menunjukkan dia semakin terlalu memilih.
"Kehidupan saya sekarang tidak seperti dahulu lagi kerana saya sudah memiliki seorang anak. Jadi, jadual harian saya juga pastinya jauh berubah.
"Misalnya, saya meletakkan syarat kepada penerbit atau pengarah yang saya tidak boleh balik terlalu lewat dan perlu selesaikan penggambaran sebelum pukul 11 malam," jelasnya.
Ketika ditanya sama ada dia tidak risau sekiranya syarat tersebut akan membuatkan tawaran berlakon yang diterimanya semakin kurang, Faezah menegaskan dia tidak kisah jika pihak penerbit tidak boleh mengikut syarat yang diberikannya.
Menurut ibu kepada cahaya mata bernama Dealova Heyrinna yang berusia lima bulan itu, syarat tersebut diberikan kerana dia tidak mahu mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarga.
"Selepas berumah tangga dan mempunyai anak sudah tentu keluarga menjadi keutamaan saya. Kalau ada yang nak ambil saya berlakon, mereka perlu ikut jadual saya.
"Pada masa yang sama, dengan status sebagai seorang isteri dan ibu sekarang, saya juga terpaksa memilih skrip dan watak yang ditawarkan," ujarnya.
Meskipun telah meletakkan syarat yang sedemikian, pelakon berkenaan memberitahu, masih ada pengarah yang memahami situasi dirinya serta memberi kelonggaran.
KELUARGA bahagia. Faezah Elai, suami dan anak bakal meraikan Aidilfitri ini di rumah keluarga Faezah di Gelugor, Pulau Pinang terlebih dahulu.
Ujarnya, tindakan tersebut dilakukan memandangkan anaknya itu masih lagi menyusu badan serta tidak yakin untuk meninggalkannya dijaga oleh pembantu rumah.
"Apabila berada di lokasi penggambaran saya akan kerap terfikirkan anak di rumah sehinggakan konsentrasi terganggu.
"Maka, saya ambil keputusan untuk membawanya, asalkan dia ada depan mata saya," jelasnya.
sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment