Jujurnya, kalau dapat bini secantik Neelofa, buat apalah nak dimadukan lagi. Cukup-cukuplah dah kot. Kata Neelofa kepada Sinar Harian:-
Saya percaya jodoh, pertemuan setiap orang sudah ditentukan sejak kita berada di Loh Mahfuz lagi. Tetapi jika ditakdirkan berkongsi suami, kita terpaksa menerima dengan seadanya kerana ia ketentuan Ilahi.
Sekiranya ia berlaku, soal siapa bersalah tidak patut ditimbulkan, sebaliknya harus berbincang agar rumah tangga aman tanpa berlaku percakaran sesama sendiri.
Soal kongsi suami, ia tidak pernah terlintas langsung di fikiran saya. Namun jika diberi pilihan, saya enggan bermadu. Dan sebolehnya saya ingin calon suami yang boleh membimbing saya menjadi isteri solehah
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment