Luahan Lisa : Kebiasaannya selepas sembahyang raya kami sekeluarga akan menjamu selera dan menu wajib kami adalah pulut kuning dan juga rendang ayam.Ia sebenarnya adalah makanan kegemaran arwah ayah dan sehingga kini menjadi tradisi keluarga, secara tidak langsung mengingatkan kami sekeluarga kepadanya.Dalam pada itu, bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini,Lisa telah menyediakan tiga pasang baju raya sedondon dengan suaminya iaitu tiga pasang baju kurung dan baju Melayu telah disediakan mengikut tiga warna tema tahun ini.Tiga set baju sedondon untuk digayakan pada Hari Raya nanti,Lisa pilih warna biru kelabu, merah jambu cair dan yang ketiga pula Lisa akan pakai baju yang telah disediakan Jovian Mandagie.
Dalam perkembagnan sama,Lisa memberitahu,Pada tahun ini dia dan suami akan beraya di KL sahaja kerana kami tinggal di sini tetapi untuk raya ketiga saya akan ikut suami ke kampung halamannya untuk bertemu dengan opah iaitu nenek Yusry di Gopeng, Perak.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment