‘TARIKH KAHWIN SUDAH ADA’ : TIZ ZAQYAH DAN DANIEL HAZIQ

on Sunday, August 11, 2013

t

Semenjak berpisah dengan actor kacak, Remy Ishak, Tiz Zaqyah kini dikaitkan dengan pasangan barunya yang dikenali sebagai Daniel Haziq. Pasangan ini dikatakan telah berkenalan sejak bangku sekolah lagi. Hubungan mereka bukan lagi rahsia memandangkan Tiz Zaqyah bersikap lebih terbuka dengan perhubungannya kali ini.

Bercakap dalam Berita Harian baru-baru ini, Tiz Zaqyah menyatakan dia tidak mempunyai sebarang maslah untuk membawa kekasihnya ke mana-mana majlis sebagai teman kerana hubungan mereka tiada apa yang hendak disorok dan diketahui ramai.

Namun begitu, Tiz Zaqyah menegaskan bahawa Daniel Haziq tidak mahu terlibat dalam sessi temubual atau dirakam gambar,biarlah hanya melibatkan Tiz Zaqyah sahaja.

Selain daripada itu, Tiz Zaqyah turut berkongsi berita gembira buat peminat Tiz Zaqyah dimana dalam perkembangan baru dalam hubungan mereka, Tiz Zaqyah telah memaklumkan mereka telah mempunyai perancangan untuk berkahwin secepat mungkin malah tarikh perkahwinan telah dipilih. Namun begitu, dia berniat menyimpan di dalam hati.

Apalagi Tiz Zaqyah, pasti peminat-peminat anda tidak sabar menunggu detik-detik bahagia Tiz betul tak?
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment