Berita Terkini Bot Ekspres Karam Sungai Rajang 31 Mei 2013

on Friday, May 31, 2013


Berita terkini bot ekspres karam di Sungai Rajang, Sarawak pada 31 Mei 2013. Sehingga laporan dikeluarkan pada pagi ini, hanya empat orang mangsa masih lagi hilang dalam tragedi tersebut. Senarai nama yang hilang adalah Maurice anak Ajan, Simon anak Patrick, Roslin anak Jati dan seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Paulus.

bot karam

Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Bakar Sebau berkata, ini menjadikan jumlah penumpang yang terselamat meningkat menjadi 200 orang. Kerja mencari dan menyelamatkan mangsa yang hilang masih lagi diteruskan oleh pihak keselamatan. SUMBER

Kejam! Kucing Dijadikan Hiasan Dalam Botol


Seorang lelaki Jepun yang tinggal di New York telah memperkenalkan satu hiasan baru yang dikenali sebagai ‘Kucing Bonsai’. Hiasan ini dibuat dengan sangat kejam iaitu memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca.



Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi untuk mengeluarkan najisnya.
Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan berupa dadah ini selepas anak kucing itu mati.
Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa.
Barangan hiasan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand.
Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dipasarkan bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu! SUMBER

Giliran Leuniey Berhijab Penuh


leuniey
Isteri kepada penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, Leuniey Natasha mengakui masa sudah sampai untuk dirinya berhijab penuh selain perancangannya untuk mengerjakan umrah pada bulan Ramadan kelak.
“Sebenarnya saya baru sahaja berhijab penuh sejak 2 minggu lalu dan sekarang sedang dalam proses untuk biasakan diri bertudung apabila keluar. Bukan apa, terus-terang saya sudah lama simpan niat untuk bertudung ini Cuma tunggu masa saya benar-benar bersedia untuk tampil kekal dengan berhijab. Tak mahu lah jadi bila rimas dan panas saya suka-suka bukak,” ujar Leuniey yang dipetik dari portal Murai.
Malah keputusan Leuniey untuk bertudung turut mendapat sokongan penuh suami dan keluarga;
“Selain keluarga, Apex orang yang paling banyak memberikan sokongan dan dorongan tanpa henti kepada saya kerana dia amat gembira apabila saya beritahu saya mahu bertudung.” SUMBER

Bayi Yang Diselamatkan Dari Lubang Kumbahan, Keluar Hospital

Bayi Yang Diselamatkan Dari Lubang Kumbahan, Keluar Hospital

BEIJING – Seorang bayi lelaki di China yang diselamatkan dari paip kumbahan telah keluar dari hospital semalam.
Bayi itu diselamatkan selepas tersekat di paip kumbahan sebesar 10 sentimeter Sabtu lalu.
Ibunya yang berusia 22 tahun berkata, bayinya terjatuh dalam tandas dan tersekat di dalam lubang tandas ketika dilahirkan.
Polis pada mulanya menganggap kes itu sebagai cubaan bunuh berdasarkan keadaan bayi itu yang berada di paip kumbahan.
Tetapi menurut polis, tiada sebarang bukti menunjukkan ia merupakan cubaan bunuh.
“Kes ini merupakan satu kemalangan. Bayi itu sudah keluar hospital dan diambil oleh datuk dan neneknya.
“Dia kini berada dalam keadaan stabil,” kata pegawai dari daerah Pujian. (SINAR HARIAN)

Pertemuan Epik Hangatkan Bolasepak Tanah Air

Pertemuan Epik Pahang- JDT Hangatkan Bolasepak Tanah Air

KUALA LUMPUR – Bagaikan final. Begitulah harapan dan keghairahan yang terjelma menjelang perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (DT) Sabtu ini, setelah tertunda ekoran insiden kekecohan penyokong di Stadium Darul Makmur, Kuantan dua hari lepas.
Kali ini, Stadium Nasional Bukit Jalil dijadikan gelanggang berkecuali bagi memastikan lebih ramai penyokong kedua-dua pasukan menyaksikan aksi perlawanan yang dijadual bermula pukul 8.45 malam.
Bukan sahaja kepada penyokong kedua-dua pasukan, malah peminat bola sepak tempatan secara keseluruhannya pastinya tidak sabar untuk melihat pertemuan epik antara Pahang dan Johor DT itu.
Dari sudut positif, kehadiran luar biasa penyokong bola sepak kedua-dua pasukan di Kuantan tempoh hari mencetuskan fenomena baharu bola sepak tanah air dan ia memberi petanda bahawa bola sepak masih kekal sebagai sukan nombor satu di Malaysia.
Namun sayang, perjalanan skripnya tidak mengikut plot yang diharapkan dalam menyuburkan kembali sokongan peminat kepada arena bola sepak negara, sehingga menyebabkan kedua-dua persatuan bola sepak negeri terbabit menerima padah.
Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) selaku tuan rumah didenda maksimum RM100,000 dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tidak terkecuali turut didenda RM20,000 kerana insiden berkenaan.
Kepada peminat setia pasukan Pahang dan Johor DT, jangan terlalu ghairah dan insiden seumpama itu boleh dielakkan jika tatacara keselamatan dipatuhi semua pihak yang menerapkan nilai profesionalisme sejajar dengan bola sepak negara yang sudah memasuki era tersebut.
Bagi kedua-dua pasukan, pastinya mereka juga tidak sabar untuk melakukan sepak mula Sabtu ini, selepas ‘hajat’ mereka tersekat berikutan insiden yang belum pernah berlaku itu di negara ini.
Sambil mengharapkan insiden malang itu tidak berulang, Timbalan Presiden PBNP Datuk Seri Muhammad Safian Ismail meminta penyokong Pahang turun membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan padu kepada skuad Tok Gajah.
Beliau berkata semua pihak harus melupakan insiden itu kerana matlamat utama adalah untuk memastikan pasukan Pahang layak ke peringkat akhir sekali gus menjulang piala berkenaan.
Muhammad Safian juga meminta setiap persatuan bola sepak daerah menghantar kumpulan penyokong masing-masing ke Bukit Jalil kerana kehadiran mereka pastinya dapat menaikkan semangat pemain.
“Apa yang telah berlaku biarkan berlalu. Fokus kita sekarang adalah untuk menang dan tahap permainan pasukan juga semakin meyakinkan,” katanya kepada Bernama.
Bagi pemain paling senior dalam skuad Tok Gajah, Jalalludin Abu Jaafar, insiden yang berlaku itu sedikit pun tidak menjejaskan semangat pemain untuk berdepan Johor DT.
“Perubahan tempat di Bukit Jalil langsung tidak memberi kesan kerana kami memang telah bersedia berdepan Johor DT dengan membawa semangat yang ditunjukkan penyokong Pahang di Stadium Darul Makmur dua hari lepas,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Johor DT, Fandi Ahmad berkata insiden kekecohan di Kuantan dua hari lepas, tidak mengganggu tumpuan pemain dan semangat mereka berada pada tahap terbaik untuk berdepan Pahang, Sabtu ini.
“Mereka (pemain Johor DT) merupakan pemain profesional dan sedar perkara yang berlaku itu adalah biasa dalam sukan.
“Kita sudah bersedia untuk bermain tidak kira di stadium mana dan sama ada dijalankan pada waktu siang atau malam. Yang penting kita akan berikan yang terbaik pada perlawanan berkenaan,” katanya.
Fandi yang juga pengurus pasukan Johor DT, berkata beliau sentiasa mengingatkan anak buahnya supaya menjaga disiplin dan fokus bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
“Kita sudah membuat persediaan terbaik dan semuanya terserah kepada pemain. Kita sudah sampai pada tahap ini, jadi kita tidak mahu Pahang tewaskan kita,” katanya.
Untuk rekod, Johor DT menang 1-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada Sabtu lepas.
Menanti pemenang antara Pahang dan Johor DT pada perlawanan akhir yang dijadual pada 29 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, ialah Kelantan yang terlebih dahulu mengetepikan jiran tetangga, Terengganu dengan agregat 6-5 pada satu lagi separuh akhir dua hari lepas. – BERNAMA

Erra Fazira Bakal Tunai Ibadah Haji

Erra Fazira Bakal Tunai Haji, Tunggu Surat Daripada Tabung Haji

Kenangan menjejakkan kaki beberapa kali ke Tanah Suci Makkah masih segar dalam sanubari primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira. Ketenangan berada di kota suci itu terlalu sukar diungkap dengan kata-kata sehingga hatinya sentiasa digamit rindu untuk kembali ke sana.
Lantaran kerinduan itu, timbul cerita kononnya pelakon, penyanyi dan pengacara berkenaan khabarnya akan ke sana semula tahun ini. Namun, kali ini untuk menunaikan haji pula.
Ketika HIP menghubungi empunya diri bagi mengetahui sejauh mana kebenaran berita itu, ibu kepada Engku Aleesya Engku Emran ini tidak menafikannya.
Memang benar saya sudah mendaftar, tetapi ia dilakukan tiga tahun lalu. Saya kini masih menunggu nama dipanggil, bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang surat daripada Tabung Haji.
Saya faham, mungkin belum rezeki lagi untuk dijemput ke sana dan saya akan terus sabar menanti. Sewaktu mendaftarkan nama dulu, saya buat keputusan untuk pergi berseorangan. Jadi, apabila Arab Saudi mengenakan syarat baru, perkara itu memang sedikit menyukarkan. Apabila saatnya tiba nanti, barulah saya akan fikirkan soal mahram, kata pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Sembilu itu.
Sedih nak tinggalkan Aleesya
Menurut bintang berusia 39 tahun ini, dia membuat keputusan menunaikan haji pada usia muda kerana berasakan sudah tiba masanya, selain adanya kemampuan untuk berbuat demikian.
Pernah membawa puterinya menunaikan umrah saat Aleesya baru berusia setahun, Erra bagaimanapun memberitahu, dia tidak bercadang membawa si kecil bersama bagi mengerjakan ibadat haji.
Insya-Allah, jika diizinkan, saya bercadang membawanya ke Tanah Suci sekali lagi untuk menunaikan umrah, memandangkan ketika kali pertama ke sana dia masih kecil.
Lagi pun, Aleesya sudah semakin besar dan lebih matang. Jadi urusan ibadat lebih mudah.
Memang tidak dinafikan, jika berpeluang menunaikan haji, bermakna saya perlu meninggalkan Aleesya dalam tempoh waktu yang lama. Sebagai ibu, tentu timbul rasa sedih. Namun, apabila memikirkan tujuan saya ke sana untuk beribadat, sedikit sebanyak kesedihan itu terubat. Perasaan itu berbeza jika dibandingkan dengan meninggalkan Aleesya kerana tugas, kata Erra.
Belum pasti soal penampilan
Ditanya adakah dia akan memperlahankan aktiviti seninya selepas bergelar Hajah, Erra berkata, sejak akhir-akhir ini, dia memang sudah berbuat demikian. Begitupun, untuk meninggalkan terus kerjaya seni, perkara itu belum terlintas dalam fikiran anak tunggal kepada Azizah Zaik ini.
Saya tidak bercadang meninggalkan terus kerjaya seni selepas mengerjakan haji. Apa pun yang saya lakukan adalah di atas keizinan-Nya. Bakat dan rezeki tidak akan menjadi milik saya jika bukan atas ketentuan Allah. Cuma, saya akan cuba memperlahankan aktiviti seni. Malah, sejak akhir-akhir ini pun saya tidak lagi seaktif dulu.
Mengenai soal penampilan pula, saya tidak berani berkata apa-apa. Kita tidak tahu dugaan yang Allah hendak berikan. Apa yang penting, hasrat saya tunaikan haji adalah untuk mendekatkan lagi diri kepada-Nya, kata Erra. – Berita Harian

Khairul Fahmi Buka ‘Players Cafe’

Khairul Fahmi Buka 'Players Cafe'

Khairul Fahmi Che Mat atau Apek suka minum kopi dan daripada kegemarannya itu lahirlah Players Cafe yang baru sebulan dibuka di D‘Wangsa, Wangsa Maju.
Bagaimanapun pembukaan kafe itu bukanlah atas usahanya seorang, tetapi bersama empat rakan karibnya yang turut berkongsi kegemaran yang sama iaitu Fairul Irwan, Izham Tarmi (pemain bola sepak pasukan Harimau Muda), Irfan Fazail (pemain bola sepak pasukan Harimau Muda) dan Zamir Selamat.
Ketika ditemui pada majlis pembukaan kafe itu Ahad lalu, cerita Apek dia bersama empat rakannya itu adalah penggemar kopi tegar lalu mereka sepakat untuk membuka ‘kedai kopi’ sendiri di samping dapat merapatkan lagi persahabatan mereka yang sudah lama terjalin.
“Di kafe ini kami menye­diakan pelbagai jenis kopi yang diadun dengan rasa istimewa. Kami mahu pelanggan menikmati kopi yang sebenar di sini. Sebagai penggemar kopi tentunya kami amat mengutamakan kualiti dan cara penyediaannya.
“Kafe ini juga dibuka sebagai tempat pertemuan rakan-rakan seangkatan dan daripada pelbagai disiplin sukan serta untuk peminat yang menyokong kami selama ini. Mungkin sebelum ini peminat sukar nak berjumpa dan mendekati ahli sukan kegemaran mereka jadi dengan adanya kafe ini mereka dapat mengenali saya dan rakan-rakan lain dengan lebih rapat.
“Kafe ini dibuka tujuh hari seminggu, mulai jam 11 pagi hingga 12 tengah malam manakala pada hujung minggu pula dari jam 11 malam hingga lewat pagi. Sebulan lalu, pembukaan kafe ini dalam tempoh percubaan di mana kawan-kawan datang memberi komen juadah yang disediakan.
“Buat masa ini, kafe ini tidak menyediakan hidangan berat kerana ia lebih berkonsepkan santai. Pelanggan boleh memilih aneka kek dan makanan ringan lain sambil menikmatinya bersama kopi,“ katanya.
Bercerita lanjut mengenai pembukaan kafe itu, jelas Apek dia dan rakannya menyedari tidak selamanya mereka akan berada di padang bola dan dia sendiri memberikan tempoh masa 10 tahun lagi untuk beraksi. Pembukaan kafe itu sebagai langkah untuknya menceburi bidang perniagaan dan andai kata berjalan lancar, mereka akan terus meneroka peluang perniagaan lain pula.
“Kafe ini adalah persediaan untuk kami menimba ilmu sebagai usahawan. Walaupun perniagaan saya di Kuala Lumpur tetapi saya masih menetap di Kelantan dan keadaan itu tidak membimbangkan saya kerana rakan lain menetap di sini.
Sesekali kalau ada urusan saya akan turun ke Kuala Lumpur. Dunia perhubu­ngan juga menjadi sangat mudah sekarang, jadi tiada apa yang menghalang hasrat murni kami ini,” katanya.
Apek baru mendirikan rumah tangga setengah tahun lalu dengan Leuniey Natasha yang mengusahakan butik pengantin bersama ibunya di Kota Bharu, Kelantan. Leuniey yang lebih dulu berpengalaman dalam dunia perniagaan menyo­kong usaha suaminya itu.
Dia yang kini tampil dengan imej bertudung turut hadir pada hari pembukaan kafe itu dan amat memahami kesibukan Apek sebagai pemain bola sepak dan tentunya jadual kian padat dengan pembukaan kafe itu.
“Saya tiada halangan jika Apek terpaksa kerap turun ke Kuala Lumpur kerana ketika saya mula mengenalinya dulu pun, dia memang sibuk. Sebagai isteri saya akan selalu menyokong dan memberi dorongan kepadanya kerana apa yang dibuat demi masa depan kami berdua juga,” katanya. – Harian Metro

Panas! Saya Mengaku Sedang Bercinta Dengan Anak Erma Fatima – Sharifah Sakinah


Nama Sharifah Sakinah benar-benar panas akibat daripada perbuatannya mengupload beberapa video ke laman sosial Keek yang agak korang sopan hingga menimbulkan kemarahan ramai pihak.

Lupakan sejenak video sakai yang dibuat oleh si Kinah ni, kini dia dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan anak teruna kepada pelakon dan pengarah Erma Fatima malah, Kinah yang ditemui baru-baru ini mengakui kebenaran gosip tersebut.
“Saya akui kami sedang bercinta dan hubungan kami sudah bermula sejak tahun lepas lagi. Buat masa sekarang, biarlah kami just go with the flow,” ujar Sharifah Sakinah.

Bila diajukan soalan adakah dia serius dengan perhubungan kali ini kerana lebih dikenali dengan sikap yang suka main-main dalam pelbagai hal, Sakinah menjawab;
“Saya bila berkawan memang tidak suka main-main. Saya akan berikan sepenuh komitmen. Cuma, kali ini kisah cinta saya mendapat perhatian disebabkan saya berkawan dengan anak Erma Fatima” Jelas Sakinah lagi.

OHARTIS: BERCINTA ELOK-ELOK, JANGAN DUK MAIN-MAINKAN PERASAAN ORANG PULAK KINAH OII.

sumber: Ohartis

Gambar sedih janin yang sengaja di gugurkan


Mungkin ada yang dah tengok gambar-gambar mengenai penguguran bayi ini yang berlaku di negara jiran kita. Di sebabkan kami dah dapat, nak jugalah share dengan mereka yang belum lihat lagi. Bila tengok gambar ini memang sedih. Bagi pendapat kami ada juga kebaikkannya bila berlakunya kejadian penguguran ini di sana. Sebab apa...sebab nasib janin di sana lebih baik kerana di mandi,dikafan dan dikebumikan dengan sempurna. Berbanding janin atau bayi yang berada di Malaysia ini hanya di campakkan di sungai, tepi jalanraya, yang terbaru  bayi dicampakkan dari tingkat dua.


kalau u all sanggup tengok....rasa nak menitis air mata...
Sedih apabila mengenangkan nasib orang Islam di Singapura.Pengguguran anak di Singapura.........Just to share reality dunia skrg.

Kami keberatan menyiarkan gambar ini. Kami akui ia ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang panjang, kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini.

Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan alasan... Setengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat.


Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama.

16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan(gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.Kami & krew TV3 sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman baru-baru ini.

Namun tidak mendapat kelulusan utk tayangan dari pihak atasan atas pelbagai alasan....
Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat.
Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan
Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital- hospital tersebut.


Sumber maklumat yang sah...saya hanya ingin berkongsi dengan semua...

Fenomena Stadium Overload | Stadium Darul Makmur | Johor DT Vs Pahang Separuh Akhir Piala FA | Perlawanan Ditangguhkan ( Gambar Dan Video)

on Thursday, May 30, 2013



Kekecohan para penyokong yang terlalu ramai akhirnya menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT)ditangguhkan ke tarikh lain.

Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.

Meskipun pada mulanya wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT.

Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk.

Akhirnya, pihak pengurusan mengumumkan perlawanan ditunda dan ia jelas menghampakan peminat yang hadir di stadium mahupun yang mengikuti siaran langsung di televisyen.
Bilangan penonton yang terlalu ramai membuatkan penonton terpaksa duduk diluar pagar,

Salah seorang penonton JDT yang tercedera

reaksi penonton, Mereka turun ketengah padang selepas pengumuman perlawanan ditunda








Gambar dan Video Kekecohan Perlawanan Pahang vs Johor DT ditangguh

Kekecohan stadium darul makmur, pahang vs johor darul takzim
Kekecohan antara para penyokong telah menyebabkan perlawanan separuh akhir di Kuantan antara Pahang dan Johor Darul Takzim ditunda.
Ia dilaporkan bahawa lebih 60,000 para peminat telah membanjiri Stadium Darul Makmur, kapasiti 40,000, pada malam Selasa untuk menyaksikan pertarungan antara Pahang dan Johor Darul Takzim.

Sebab ‘overcrowding’ ini belum jelas tetapi ada yang berpendapat bahawa tiket yang tidak dikoyakkan telah digunakan semula, ada juga yang melaporkan bahawa penjualan tiket palsu telah menyebabkannya.


Pada jam 8:30 malam, para penyokong telah diarahkan oleh Polis Diraja Malaysia untuk masuk ke bahagian kosong stadium yang dihadkan untuk menjadi penghalang antara para penyokong tuan rumah dan penyokong pelawat.

Sepuluh minit kemudian, para pemain dan anggota kedua-dua pasukan kembali ke bilik persalinan walaupun telah memanaskan badan di padang. 

Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah, yang juga merupakan presiden FAM, hadir di stadium dan telah memberitahu para pengadil bahawa beliau ingin perlawanan untuk diteruskan walaupun ada beberapa ribu para penyokong terpaksa duduk di trek.

Kira-kira dua puluh minit kemudian, anggota pasukan Pahang dan para pengadil keluar selepas pengumuman dari PDRM bahawa perlawanan selamat untuk diteruskan.

Walaubagaimanapun kekecohan berlaku apabila para penyokong di luar stadium membaling batu ke arah para penyokong pasukan pelawat di dalam stadium. Para peminat Darul Takzim terpaksa berundur ke bahagian trek demi keselamatan mereka.

Beberapa minit kemudian, ia diumumkan bahawa perlawanan telah ditunda.

Pelakon Baru Wanita Ditahan Melakukan Perkara Tidak Bermoral Dalam Kenderaan

Gambar Hiasan

Ini berita hangat yang baru sahaja Admin dengar. Seorang pelakon baru wanita dan pasangannya didakwa telah ditahan oleh pihak berkuasa tempatan ketika sedang melakukan perkara tidak bermoral di dalam sebuah kenderaan. 



Menurut sumber, pasangan ini menggelabah ketika ditahan dan merayu-rayu untuk dilepaskan. Maklumlah masyarakat sudah mengenali mereka. Pasti mereka tidak mahu perkara memalukan ini tersebar. 


Nasib baiklah pihak berkuasa tempatan tersebut masih lagi mempunyai budi bicara untuk melepaskan mereka dengan amaran. 

Apa-apa pun Admin harap apa yang Admin dengar ini hanyalah khabar angin semata-mata.


P.S: "Mengapa anda hanya ternanti Biasiswa JPA,Pinjaman PTPTN dan Pinjaman Mara sahaja,sedangkan terdapat 57 biasiswa hebat lain yang ditawarkan di Malaysia pada setiap tahun khusus untuk anda mohon ? "


Keajaiban Saintifik Al-Quran


keajaiban al-quran

Pengenalan
14 abad lalu, Tuhan telah menurunkan kitab suci Al-Qur’an kepada umat manusia sebagai satu kitab panduan. Dia menyeru manusia agar berpegang kepada kitab ini sebagai jalan untuk mendapatkan kebenaran. Bermula saat ianya diwahyukan sehingga ke saat pengadilan kelak, kitab suci ini akan kekal sebagai satu-satunya panduan bagi umat manusia.

Gaya uslub dan ketinggian hikmah yang tiada tandingan yang terdapat di dalam kitab ini adalah bukti yang amat jelas bahawa ianya adalah kalam suci Tuhan. Sebagai tambahan, kitab ini mengandungi ciri-ciri keajaiban yang membuktikan bahawa ianya adalah wahyu kudus dari Tuhan. Satu dari ciri-ciri ini ialah kenyataan bahawa sejumlah kebenaran saintifik yang hanya mampu disingkap melalui kemajuan teknologi di abad ke 20 ini sebenarnya telah pun diungkapkan di dalam Al-Qur’an 1400 tahun dahulu.

Sudah tentu Al-Qur’an bukanlah sebuah kitab sains. Tetapi, banyak fakta-fakta saintifik yang dinyatakan secara jelas dan dengan cara yang amat mendasar dalam surahnya hanya mampu disingkap melalu kecanggihan teknologi abad ke 20. semua fakta ini tidak diketahui ketika masa penurunan wahyu dan ini juga adalah bukti bahwa Al-Qur’an adalah kalam Tuhan.

Untuk memahami keajaiban saintifik Al-Qur’an, pertamanya kita akan melihat tahap kemajuan sains ketika mana kitab suci ini diturunkan.

Pada abad ke 7, ketika Al-Qur’an diwahyukan. Masyarakat arab telah pun memiliki kepercayaan khurafat dan yang tidak berasas yang berkaitan dengan isu-isu saintifik. Kedaifan peralatan teknologi untuk menyelidiki alam semesta dan bumi menyebabkan masyarakat ini mempercayai kepada legenda-legenda yang diwariskan dari generasi ke generasi, mereka mendakwa sebagai contoh, bahawa gunung-ganang menongkat langit, mereka percaya bahawa bumi adalah datar dan bahawa di sana terdapat gunung-gunung yang tinggi terletak di setiap penghujungnya. Mereka menyangkakan bahawa gunung-gunung ini adalah tiang yang menyebabkan kubah langit di atas.

Tetapi, semua kepercayaan khurafat masyarakat arab ini ditolak oleh Al-Qur’an. Dalam surah Ar-Ra’d ayat ke 2 dinyatakan: Tuhanlah Dia yang meninggikan langit-langit tanpa tiang Ayat ini telah membatalkan kepercayaan bahawa langit yang berada di atas kerana sokongan gunung-ganang. Dalam banyak subjek lain, fakta-fakta penting telah dinyatakan ketika mana tiada seorang pun yang dapat mengetahuinya.

Al-Qur’an diturunkan ketika umat manusia hanya mengetahui sedikit mengenai astronomi, fizik atau biologi yang mengandungi fakta mengenai pelbagai subjek seperti penciptaan alam semesta, manusia, struktur atmosfera dan keseimbangan yang membenarkan kehidupan di atas muka bumi. Sekarang, mari kita lihat beberapa keajaiban saintifik yang dinyatakan di dalam kitab suci Al-Qur’an bersama-sama.

Kewujudan Alam Semesta

Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur’an dalam ayat berikut;
Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surat al-An’aam:101.

Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur’an ini adalah satu fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.

Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur’an 1400 tahun lalu.

Pengembangan Alam Semesta

Dalam Al-Qur’an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;
Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat;47)
Edwin Hubble

Perkataan ‘langit’ yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak tempat dalam Al-Qur’an yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini. Dalam perkataan lain, Al-Qur’an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.

Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa ‘alam semesta mempunyai sifat konstan (statik) dan telah wujud tanpa keterbatasan masa’. Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.

Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le’maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.

Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Sebuah alam semesta di mana semua benda di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi sesama mereka, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan. Fakta ini telah di jelaskan dalam Al-Qur’an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana Al-Qur’an adalah kalam Tuhan, maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.


Pemisahan Langit Dan Bumi

Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai berikut.ayat.
“dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?”. (Surah Al-Anbia: 30)
Kalimah ‘ratq’ diertikan sebagai dijahit yang bermaksud ‘dikumpul bersama, dicampur’ dalam kamus bahasa arab. Ianya digunakan untuk merujuk dua intipati yang berbeza yang membina suatu yang menyeluruh. Frasa ‘Kami membuka jahitan; adalah perkataan fataq dalam bahasa arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.

Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi dengan menyimpan pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk ratq. Kedua-duanya di pisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu dari yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila kita mengingati saat pertama fenomena Big Bang kita melihat bahawa satu titik tunggal mengandungi semua material alam semesta.
Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang masih belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal ini dalam keadaan ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar, menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses ini membentuk keseluruhan struktur alam semesta. Apabila kita membandingkan pernyataan di dalam ayat Al-Qur’an di atas dengan penemuan saintifik, kita mendapati bahawa kedua-duanya berada dalam keserasian yang sempurna di antara satu sama lain. Apa yang cukup menarik perhatian ialah penemuan ini tidak diketahui sehingga abad ke 20.

Orbit
Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur’an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;

Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya). (Surah al-Anbiya; 33)
Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;

Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. (Surah Yaasin;38)
Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur’an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.

Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur’an;
Demi langit yang mempunyai jalan-jalan. (Surah az-Dzariyat;7)
Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya ‘berenang’ melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.

Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.
Suatu yang pasti, ketika Al-Qur’an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit ‘dipenuhi dengan lintasan dan orbit’ seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur’an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur’an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur’an sebenarnya adalah kalam Tuhan.

Bentuk Sfera Bumi

“Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Dia membungkuskan malam atas siang dan membungkuskan siang atas malam… (Surah Az-Zumar:5)
Dalam Al-Qur’an, perkataan yang digunakan untuk menerangkan alam semesta adalah sangat penting. Kalimah arab yang diertikan sebagai ‘membalut’ dalam ayat di atas adalah ‘takwir’, dan dalam bahasa inggeris, ia bermakud ‘menjadikan sesuatu membalut sesuatu yang lain, dililit sebagai satu pakaian yang terhampar. Sebagai contoh, dalam kamus arab perkataan ini digunakan untuk perbuatan membalut sesuatu mengelilingi suatu yang lain seperti mana orang yang memakai serban.

Maklumat yang diertikan di dalam ayat mengenai siang dan malam yang membalut antara satu sama lain menyatakan maklumat yang tepat mengenai bentuk dunia. Fenomena ini hanya akan menjadi benar sekiranya bumi adalah berbentuk bulat. Ini bererti bahawa di dalam Al-Qur’an, yang diturunkan di abad ke 7, bentuk sfera bumi telah di disebutkan secara kiasan di dalamnya.

Ianya harus diingat, bagaimanapun, bahawa pemahaman mengenai astronomi ketika itu melihat dunia secara berbeza. Ketika itu difikirkan bahawa bumi berbentuk dataran rata dan semua pengiraan saintifk dan penjelasan berdasarkan kepada kepercayaan ini. Ayat Al-Qur’an bagaimanapun telah memuatkan maklumat yang baru diketahui beberapa abad sebelum ini, oleh kerana Al-Qur’an adalah kalam Tuhan, perkataan yang paling tepat digunakan di dalamnya ketika menerangkan mengenai alam smesta.

Sumber: http://ww.darulkautsar.net/


Gambar Elyana Dan Suami Tunai Umrah

6

Sudah lama kita tidak mendengar perkhabaran terbaru mengenai penyanyi yang pernah popular dengan lagu Niat pada awal kemunculannya di persada seni iaitu Elyana.
Terbaru, kemunculannya boleh dilihat menerusi siri terbaru Tanah Kubur arahan Rashid Sibir.
Baru-baru ini Elyana dan suaminya, Khairul Anuar Hussin telah selamat mengerjakan umrah bersama-sama bermula 10 Mei lalu dengan menggunakan khidmat agensi pelancongan Ibtisam Travel & Tours.
Penyanyi yang juga ibu kepada Cinta Sumayyah, 2, ini sempat berkongsi gambar-gambar menariknya sepanjang berada di sana.
2
3
4
5
6

VIDEO: Jururawat Leka Guna Telefon Bimbit Putus Kepala Kerana Tersangkut Pintu Lif!

VIDEO: Jururawat Leka Guna Telefon Bimbit Putus Kepala Kerana Tersangkut Pintu Lif!

Shenzhen: Seorang wanita di daerah Luohu di Shenzhen putus kepala selepas dia teperangkap pada pintu lif yang mengheretnya turun sehingga sekurang-kurangnya tiga tingkat.
Mangsa dikatakan terlalu asyik dengan telefon bimbitnya hingga tidak menyedari lif itu rosak.
Menurut laporan awal, kejadian berlaku di Menara Changhong di Jalan Woodcrest Hill.
Rakaman video yang tersebar di Internet menunjukkan wanita berkenaan, seorang jururawat bernama Wang, 24, sibuk melayan telefon bimbitnya apabila tragedi berlaku.
Saksi berkata, lif itu turun dari tingkat 22 bersama-sama empat penumpang dan berhenti di satu tingkat, dimasuki beberapa penumpang lain. Ia kemudian turun lagi tetapi terhenti antara tingkat dua dan tiga kerana rosak.
Jururawat itu yang asyik dengan telefonnya tidak menyedari keadaan sekeliling, keluar dari lif dan terperangkap pada pintunya apabila tertutup.
Lif itu kemudian bergerak lagi selama kira-kira 20 saat, turun ke tingkat satu, mengheret Wang bersama-samanya.
Kepala Wang putus dan tubuhnya terputus dua. – Agensi

Simpati Umat Islam Solat Dalam Kesejukan, Paderi Scotland Benarkan Sembahyang Dalam Gereja

Simpati Umat Islam Solat Dalam Kesejukan, Paderi Scotland Benarkan Sembahyang Dalam Gereja

SEBUAH gereja di Scotland muncul sebagai gereja pertama di UK yang memberi peluang kepada umat Islam untuk berkongsi bangunan tersebut bagi menunaikan solat.
St John’s Episcopal Church di Aberdeen kini menerima beratus-ratus umat Islam menunaikan kewajipan lima kali sehari di gereja tersebut kerana masjid yang berdekatan, Masjid Jamek Syed Shah Mustafa terlalu kecil hinggakan jemaah terpaksa menunaikan solat di luar masjid.
Paderi gereja tersebut, Rev Isaac Poobalan, telah memberikan sebahagian daripada kawasan dewan gereja tersebut kepada Imam Besar, Ahmed Megharbi.
Ahmed mengimamkan solat di bahagian utama gereja (main chapel).
Poobalan berkata bahawa perkara tersebut adalah kewajipan beliau.
” Menunaikan solat adalah sesuatu yang baik. Tugas saya adalah untuk menggalakkan orang ramai supaya sentiasa berdoa. Saya dapati bahawa masjid tersebut menjadi terlalu sesak pada waktu-waktu tertentu. Apabila saya bertanyakan perkara ini kepada gereja, orang ramai memberi respon bahawa itu bukan masalah kami.
” Namun, saya menganggap perkara ini sebagai masalah bagi saya.
” Saya tidak sanggup lagi melihat umat Islam terpaksa menunaikan solat di kawasan luar masjid… ini kerana cuaca di luar amat sejuk,” katanya.
article-2332998-1A0E49F8000005DC-627_306x327
Poobalan menambah, beliau ingin meningkatkan usaha serta menjalinkan hubungan baik di antara penganut Kristian dan Islam di sana.
“Ini adalah satu perkara asas dan mudah. Tiada kaitan dengan agama – ini hanyalah satu keperluan manusia. Perbezaan agama tidak sepatutnya meluaskan jurang antara manusia.
” Pada mulanya apabila saya memberikan cadangan ini kepada imam, beliau juga ragu-ragu, kerana perkara seperti ini belum pernah terjadi.
article-2295149-18C0CD06000005DC-564_634x459
“Namun, pihak masjid telah menerima cadangan tersebut dan hubungan antara masjid dan gereja ini menunjukkan kesan yang positif,” katanya.
Sementara itu, Ahmed Megharbi menyatakan bahawa perkara ini adalah sesuatu yang istimewa dan sepatutnya tidak menjadi masalah jika diaplikasikan di seluruh negara tersebut. – Daily Mail UK