23 GAMBAR NOSTALGIA ZIANA ZAIN

on Sunday, July 21, 2013

BIODATA:
Nama: Ziana Zain
Nama Sebenar: Siti Roziana Bte Zain
Nama Timangan: Ogee/Gee/Dik
Tarikh Lahir: 2 May, 1968
Hobi: Mengumpul kasut & minyak wangi.
Imej: Kasual & Elegant.
Kenangan Manis: Kemenangan di Kazakhstan.
Kenangan Pahit: Bila difitnah kena tangkap oleh pencegah maksiat.
Cita-cita: Awalnya Ziana ialah menjadi Pilot, tetapi kerana tak kesampaian... dia akhirnya cuma bekerja sebagai pramugari sebelum aktif dalam seni suara dan lakonan.

RAHSIA AWET MUDA

"Akak ni kalau nak tahu bukannya ada rahsia sangat bab jaga kecantikan badan ni. Yang selalu akak amalkan ialah jangan minum ais, makanan yang terlalu banyak minyak, makanan yang pedas ataupun terlalu banyak makan durian.




"Tapi akak memang jaga badan. Kalau pagi dah makan, sebelah malamnya akak tak sentuhpun nasi kecuali buah-buahan ataupun roti. Untuk diet, akak syorkan jangan sesekali mengamalkan sup sayur untuk proses kuruskan badan sebab takut badan kita lembik. Paling kurangpun, kita kena juga makan nasi untuk pejalkan tubuh badan kita supaya tak lembik. Sekurang-kurangnya kita ada tambahan tenaga sebab nasi merupakan kanji yang diperlukan.

"Bab-bab pengambilan pil pelangsing badan akak tak main. Bukan nak cakap sombong, realitinya kita dah dengar banyak kesan-kesan sampingan yang berlaku. Jadi, kita harus menyusun strategi bagaimana nak kuruskan badan dengan cara yang lebih sihat," ujarnya.


PENGALAMAN HARI RAYA

"Alhamdulillah, bercerita mengenai hari raya ni yang paling menyeronokkan ialah bila tibanya hari lebaran tak kiralah dari zaman anak dara sampailah sekarang, akak tak pernah ketinggalan menyambutnya bersama keluarga. Masa akak kerja sebagai pramugari dengan Malaysia Airlines System (MAS) dulu pun akak tak pernah abaikan untuk beraya bersama keluarga.

"Mungkin nasib akak baik kot masa tu. Kalau nak imbas kenangan dulu ketika sambut hari raya ni, dah semestinya akak ingat. Zaman kanak-kanak memang tak nafikan kesemuanya indah-indah belaka. Sebut saja hari raya, pasti abah akan belikan baju raya yang mahal-mahal.

"Boleh dikatakan seorang akan dapat tiga pasang baju. Tak kiralah Baju Melayu atau Baju Kurung, dan dua pasang lagi tu baju untuk jalan-jalan ( seluar jeans dan sebagainya). Tak lupa juga yang menyeronokkan ialah bila dapat duit raya. Memang seronok kalau mengenangkan zaman dulu.

"Tapi raya sekarang giliran akak pula menggembirakan mereka, lebih-lebih lagi Aiman. Boleh dikatakan sekarang ni giliran dia pula untuk menerima habuan sepertimana kita menerimanya dahulu. Bagaimanapun, hari raya hanya setahun sekali dan akak tetap akan menyambutnya dengan penuh kesyukuran," cerita Ziana.
























Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment