ABBY ABADI KONGSI IDENTITI SUAMI (FARHAN)

on Sunday, July 21, 2013


abbydansuamiPada

Pada minggu yang lalu, terdapat pelbagai spekulasi siapakah lelaki yang telah berjaya menawan hati Abby Abadi memandangkan dia telah memuatnaikkan gambar sebentuk cincin cantik berbentuk hati yang tersarung di jari manis. Ditambah pula dengan kata-kata puisi indah.

abbykata2

Akhirnya spekuasi tersebut terjawab. Setelah lima tahun menjanda akhirnya, Abby Abadi ,36, atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan akhirnya telah menamatkan zaman jandanya seorang lelaki yang berusia 12tahun muda daripadanya. Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, merupakan jejaka yang telah berjaya menawan hati Abby Abadi setelah perkenalan mereka selama 2 minggu.

Pernikahan tersebut dikatakan berlangsung pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelmanya bulan Ramadhan.

Abby Abadi menyifatkan pertemuan antara mereka merupakan jodoh yang tidak disangka memandangkan pertemuan mereka bermula di sebuah pasaraya.

Luahan Abby Abadi:” Pertemuan bermula di sebuah pasaraya dimana kita tiba-tiba sahaj bertentang mata. Selepas 2 minggu berkenalan, dia melamar saya dan kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Apa yang kami lakukan semua ini adalah kerana Allah. Saya tak tahu nak kata apa kerana ini adalah jodoh dari-Nya. Saya berharap semua pihak mendoakan kebahagiaan kami hingga akhir hayat”.

Apabila ditanyakan beberapa soalan mengenai pekerjaan suaminya, likasi pertemuan mereka dan lokasi mereka diijabkabulkan, Abby Abadi bagaimanapun enggan mendedahkan. Namun begitu, terdapat desas desus suaminya merupakan pembantu tadbir di Butik SyuhadahKasihAbadi. Selain itu, Abby Abadi turut memaklumkan bahawa suaminya yang dikenali sebagai Farhan itu merupakan anak kelahiran Kampung Kok Pasir , Tumpat, Kelantan.

Walaupun telah melangsungkan pernikahan selama 12hari, Abby Abadi dikatakan masih belum sempat utnuk berkanalan dengan keluarga mertuanya dan membuat keputusan untuk berjumpa selepas pilihanraya kecil (PRK) di Kuala Besut, Terengganu.

Luahan Abby Abadi:” Alhamdulillah, kedua-dua keluarga kami merestui perkahwinan ini walaupun mereka terkejut pada mulanya.Ini pun saya baharu nak berkenalan dengan keluarganya selepas PRK nanti. Saya dapat merasakan perkahwinan ini merupakan sesuatu yang menenangkan lebih-lebih lagi melihat wajah suami yang sentiasa tenang dalam apa-apa jua situasi”.

Pasangan tersebut dikatakan akan melangsung majlis resepsi pada Ogos depan dan majlis di pihak lelaki diadakan seminggu selepas itu.Bagaimanapun, lokasi majlis tersebut belum ditetapkan . Bagi peminat-peminat Abby Abadi, kita tunggu..
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment