Di tengah-tengah kotaraya New York  terdapat sebuah taman awam tergantung yang unik. High Line ialah taman  awam yang dibina di atas landasan keretapi yang terbiar. Pada asalnya  High Line ialah landasan keretapi yang membawa kargo dari luar masuk ke  New York. Ianya dibina pada tahun 1929 bagi menjamin keselamatan  penduduk bandar. Sebelum High Line dibina, keretapi kargo bergerak di  atas jalan raya yang juga digunakan oleh penduduk setempat. Selepas  berlaku beberapa kemalangan maut, pihak berwajid New York merasakan  adalah lebih baik membina landasan keretapi baru di atas jalan raya yang  sedia ada. 
Sekitar 1950an penggunaan kereta sebagai pembawa kargo diambil alih oleh  lori. Akibatnya landasan keretapi bertingkat ini mula terbiar dan  ditumbuhi rumpai. Selama berdekad lamanya High Line terbiara dan ada  beberapa cadangan supaya ianya dimusnahkan sahaja. Pada tahun 1999  terdapat gerakan baru yang merasakan ada baiknya High Line yang kini  ditumbuhi pokok ran rumput diubah sahaja menjadi taman awam. Ruang  terbuka untuk taman sukar ditemui di New York dan dengan merubah High  Line kepada taman awam sebuah taman baru dapat dibuka.
Pada tahun 2009 fasa pertama High Line dibuka sebagai taman awam. Fasa  ini adalah sepanjang 1.6 kilometer yang kini dilengkapi bangku dan trek  pejalan kaki. Fasa kedua pula dibuka pada tahun 2011. Fasa ketiga dan  terakhir kini dalam pembinaan dan akan mengubah High Line menjadai taman  sepanjang 2.3 kilometer apabila siap kelak. 





 
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment