Erra Fazira Mohon Peserta Ratu Cantik Akur Larangan

on Sunday, July 28, 2013

 Bekas ratu cantik negara, Erra Fazira memohon gadis beragama Islam di negara ini supaya akur dengan perundangan negara yang melarang mereka daripada meyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013 (MMW2013).

Menurut Erra, dia percaya undang-undang dan peraturan yang dikuat-kuasakan itu bertujuan melindungi maruah wanita Islam. Erra Fazira merupakan peserta beragama Islam terakhir menyertai pertandingan ratu cantik tersebut pada 1992.

"Ketika menyertai pertandingan berkenaan, saya juga berdarah muda yang ingin mencuba sesuatu yang baharu tanpa berfikir kesannya jangka panjang.

"Tambah pula waktu itu, undang-undang tidak diperketatkan lagi, jadi saya pun sertainya atas kemahuan sendiri.

"Tetapi apabila pertandingan itu melarang gadis Islam untuk menyertainya, kita terpaksa akur. Siapalah kita untuk melawan undang-undang," katanya.

Tambah Erra, ketika ini terdapat banyak saluran lain yang membolehkan penyertaan gadis beragama Islam menyertai pertandingan seumpama itu dengan garis panduan yang dibenarkan.

Erra diminta mengulas mengenai pembatalan penyertaan empat peserta akhir pertandingan MMW2013 yang beragama Islam pada Selasa lalu.

Dalam pada itu, Erra berpendapat, penganjur pertandingan ratu cantik antarabangsa dapat memberi kelonggaran terutamanya dari segi pemakaian membabitkan wanita Islam.

"Mungkin sudah tiba masanya masyarakat luar melihat wanita Islam dalam perspektif yang berbeza dengan melonggarkan syarat-syarat penyertaan terutamanya daripada segi pemakaian.

"Ini kerana, pertandingan ratu cantik bukan dilihat hanya pada wajah dan fizikal semata-mata, tetapi juga cara pemikiran seseorang dalam melontarkan pendapat.

"Jadi, jika gadis Islam menyertainya, apa salahnya pihak penganjur menghormati mereka dengan memberi kelonggaran pemakaian yang lebih sopan. Kerana kecantikan bukan sahaja daripada luaran semata-mata, tetapi juga IQ kita," tegasnya.
sumber :http://kezoom.blogspot.com/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment