Sibi Mela merupakan festival yang sudah berlangsung selama ratusan tahun di Sibi, wilayah Balochistan, 160 km dari lembah Quetta, Punjab, Pakistan. Sibi Mela juga terkenal kerana melakukan majlis pernikahan beramai-ramai gadis dari etnik yang tercantik didunia.
Semasa festival Sibi Mela, pelbagai suku Pushtun ini akan datang membawa haiwan ternakan mereka dari seluruh pelosok wilayah Balochistan. Sibi Mela juga dikenali sebagai pasar haiwan, pertandingan haiwan, pameran ternakan, pertunjukan seni budaya, pertandingan olahraga, pameran bunga, kenderaan hiasan, pertunjukan tarian tradisional, pertunjukan bunga api malah pelbagai lagi.
Andainya anda melancong kesana, anda dicadangkan bersikap ramah tamah dan rajin berkenalan, mana tahu anda akan diundang didalam kemeriahan pesta pernikahan Pushtun. Namun etnik ini ada pantangnya, sila hormati budaya mereka. Anda tidak dibenarkan mengambil gambar gadis Pushtun yang cantik jelita itu. Adat istiadat setempat cukup tegas melarang foto tanpa izin pihak keluarga. Mereka biasanya bimbang gambar itu disebarkan.
Kalau memang demikian, ya tidak apa-apa. Kagumi saja kecantikan gadis-gadis Pushtun ini dengan pandangan mata, dan biarkan jadi kenangan indah ketika melancong di Pakistan.
Konflik bersenjata dan keadaan politik membuat negeri-negeri Pushtun tidak termasuk dalam arus utama pelancongan dunia.
Padahal wilayah Pushtun juga mempunyai tarikan semulajadi dan juga gadis-gadis Pushtun yang berbalut kerudung, Iran, Afghanistan dan Pakistan punya pancaran kecantikan yang tidak tertanggung
Saat majlis pernikahan berlangsung
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment