Pelakon Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli,berhadapan dengan dugaan besar pada bulan Ramadan ini apabila ibunya Salmah Aziz, berada dalam situasi kritikal akibat kanser lelangit di Hospital Selayang sejak dua minggu lalu.
Tambah Arja Lee , dia dan adik beradiknya yang lain bagiamanapun sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku terhadap ibunya.
Luahan Arja Lee : Siapa yang ingin kehilangan ibu tetapi kami adik beradik sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan kerana ibu sudah bertahan selama 13 tahun menentang penyakit berkenaan. Kondisinya kali ini paling teruk.Ibu kini tidak boleh bangun dari katil selain tidak berupaya menelan makanan seperti biasa selain sel kanser yang telah merebak ke bahagian lain.Kami mengharapkan keberkatan bulan Ramadan ini akan memberi kekuatan kepada ibu untuk sembuh bagaimanapun jika sudah tertulis ajalnya sampai pada bulan mulia ini, saya reda.Bercakap kepada mStar Online, Arja Lee turut memberitahu, ibunya dipindahkan daripada Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang ke Hospital Selayang sejak Disember tahun lalu selepas kanser berkenaan telah merebak ke bahagian lain,dan ibunya kini ditempatkan di Palliative Care Unit (PCU) hospital berkenaan namun keadaannya bertambah tenat sejak dua minggu lalu.
Dalam perkembangan sama, Arja berkata, dia sangat bertuah apabila pihak penerbit sangat memahami situasinya sekarang dan memberi kelonggaran kepadanya untuk menyusun jadual supaya memudahkannya berulang alik untuk menjaga ibunya.
Kami mendoakan ibu Arja Lee kembali beransur sihat,semoga Arja Lee dan keluarga tabah mengharungi dugaan ini..Aminn.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment