Pelakon dan juga pengarah Jehan Miskin , walaupun sudah bergelar suami tapi sudah beberapa minggu rutin harian tidak ubah seperti orang bujang. Ini kerana ketiadaan isterinya Julie Camelia Rhee di sisi, Jehan terpaksa menguruskan makan pakainya sendiri. Termasuklah menjalani ibadah berpuasa sendirian.
Luahan Jehan Miskin : Allhamdulillah puasa okay. Tapi sedih sikit lah sebab saya berpuasa sorang-sorang. Isteri saya sekarang berada di Jepun atas tugasan kerja. Jadi saya macam orang bujang lah sekarang. Berbuka seorang. Isteri saya tak ada, saya tak bangun sahur sebab saya ni selalu tidur lewat.Bercakap kepada portal Malaysian Digest.com, Jehan juga turut memberitahu, dia baru balik dari menjalani penggambaran program travelogue di Sabah. Sejak 1 Ramadan tu memang saya berpuasa di Sabah dan berbuka dengan kru-kru produksi. Sekarang dah balik KL, berbuka seorang, macam orang bujang. InsyaAllah isteri saya balik hujung minggu ini. Dia balik nanti saya memang tak sabar nak berpuasa bersama-sama dia. Nak suruh dia masak dan bersahur bersama.
Untuk makluman,Jehan dan pasangannya, Camelia telah berkahwin pada 4 Mei lalu dan majlis pernikahan mereka berlangsung secara tertutup di Carcosa Seri Negara Kuala Lumpur.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment