Lelaki jadi QUADRILLIONAIRE,manusia paling kaya di dunia seketika
Pittsburg: Sebagai pelanggan tetap PayPal, Chris Reynolds membelanjakan tidak lebih AS$100 (RM318) sebulan.
Jadi apabila lelaki berusia 56 tahun itu memeriksa baki dalam akaun syarikat pemindahan wang dalam talian itu baru-baru ini, ia cukup mengejutkan baginya apabila diberitahu dia adalah ‘quadrillionaire’, orang terkaya di dunia.
Reynolds dari daerah Delaware membuka kenyataan bulanannya melalui e-mel pada Jumaat sebelum mendapat tahu baki dalam akaunnya melonjak kepada AS$92,233,720,368,547,800.
Bercakap kepada New York Daily News, Reynolds berkata, dia terkejut dengan angka itu.
“Saya rasa seperti bilionair segera kerana mulanya, saya sangka saya memiliki quadrillion,” katanya. Reynolds menggunakan PayPal selama 10 tahun untuk menjual dan membeli barangan di eBay termasuk alat ganti kereta vintaj. Selepas reda daripada kejutan, dia mendaftar masuk dalam laman web PayPal dan melihat bakinya kosong.
Tetapi itu tidak membuatkan dia daripada terus berangan untuk membelanjakan wang itu. Reynolds yang memiliki firma perhubungan awam bersama isterinya berkata, dia pasti akan membayar hutang Amerika Syarikat dengan kekayaan sebanyak itu. “Saya lelaki yang bertanggungjawab. Mula-mula saya akan membayar hutang negara.” Dia juga berangan membeli pasukan besbol Philadelphia Phillies. - Agensi HM
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment