Penyanyi Erra Fazira juga merupakan peserta beragama Islam terakhir menyertai pertandingan ratu cantik tersebut pada 1992 , menasihatkan gadis beragama Islam di negara ini supaya akur dengan perundangan negara yang melarang mereka daripada meyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013 (MMW2013).
Tambah Erra, dia percaya undang-undang dan peraturan yang dikuat-kuasakan itu bertujuan melindungi maruah wanita Islam.
Luahan Erra Fazira : Ketika menyertai pertandingan berkenaan, saya juga berdarah muda yang ingin mencuba sesuatu yang baharu tanpa berfikir kesannya jangka panjang.Tambah pula waktu itu, undang-undang tidak diperketatkan lagi, jadi saya pun sertainya atas kemahuan sendiri.Tetapi apabila pertandingan itu melarang gadis Islam untuk menyertainya, kita terpaksa akur. Siapalah kita untuk melawan undang-undang.Tambah Erra, ketika ini terdapat banyak saluran lain yang membolehkan penyertaan gadis beragama Islam menyertai pertandingan seumpama itu dengan garis panduan yang dibenarkan.
Fatwa mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik yang diwartakan pada 8 Februari 1996 mengikut Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 yang memutuskan bahawa menyertai atau menganjurkan atau menyumbang apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa bagi orang Islam.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment