Pengarah Urusan BAT, Datuk William Toh berkata, kenaikan harga rokok terbabit tidak dapat dielakkan kerana syarikat tersebut berhadapan peningkatan kos operasi. Justeru, William mendakwa pihaknya mengambil keputusan menaikkan harga rokok pada kadar 3 peratus mulai esok bagi menangani peningkatan mendadak kos dan perdagangan haram.
Sehubungan itu, bermula 3 Jun ini harga rokok Dunhill range, Kent range, Benson & Hedges akan naik kepada RM10.50 sekotak. Manakala harga rokok Peter Stuyvesant dan Pall Mall naik kepada RM9 sekotak dan Pall Mall Plain, Lucky Strik plain serta Rothmans International naik RM10.90 sekotak.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment