Mereka yang amat menggemari akan haiwan  ini mungkin berminat untuk mengunjungi pulau tersebut. Ia terletak di  Exuma iaitu sebuah daerah dalam kawasan Kepulauan Bahamas yang  merangkumi lebih daripada 360 buah pulau.
Mengikut sejarah masyarakat tempatan, khinzir-khinzir berkenaan telah  diletakkan di pulau berkenaan oleh para pedagang silam sebagai stok  makanan. Walaubagaimana pun, para pedagang tersebut tidak pernah kembali  semula ke pulau berkenaan dan khinzir-khinzir tadi terselamat daripada  dijadikan bahan makanan. 
Haiwan tersebut mampu bertahan lama dengan sumber makanan berlebihan  yang dibuang oleh kapal yang melalui perairan tersebut. Pulau Khinzir  (Pig Island) ini tidak didiami oleh manusia dan ia menjadi rumah kepada  kira-kira 20 ekor khinzir serta beberapa ekor kucing liar dan kambing  yang terdapat di pulau tersebut.






{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment