Tempat Meletak Basikal Bertingkat Di Amsterdam (18 Gambar)

on Thursday, July 18, 2013

Gila!
Amsterdam ialah bandar yang paling mesra penunggang basikal di dunia. Bandar ini mempunyai 800 000 orang penduduk dan 880 000 buah basikal! Sejak 20 tahun kebelakangan ini jumlah basikal semakin bertambah dan kini terdapat 4 kali ganda lebih banyak basikal di Amsterdam dari jumlah kereta. Kerajaan Belanda berkata jumlah pengguna basikal juga bertambah sebanyak 40 peratus dan ini mengakibatkan berlakunya masalah untuk penunggang penyimpan basikal mereka di tengah bandar. Bagi menyelesaikan masalah ini kerajaan Belanda membina sebuah tempat meletak basikal bertingkat berhampiran Amsterdam Central Station. Ianya direka untuk menyimpan 2500 buah basikal 3 tahun yang lalu namun kini ianya memuatkan 3500 buah basikal setiap hari! Sangat padat. Kerajaan Belanda akan membelanjakan USD150 Juta (RM 450) untuk membina lebih banyak lagi tempat meletak basikal di Amsterdam.
Kenapa di Amsterdam banyak orang memandu basikal? Kerana  Amsterdam sebuha bandar yang landai. Tak ada bukit! Kalau di Kuala Lumpur kena ada basikal bergear baru boleh jadi macam Amsterdam agaknya.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment