Terkini Jihan Raja Lawak Bercinta

on Sunday, July 28, 2013


Tidak dinafikan Gelanggang Raja Lawak ke 3 membuka ruang yang lebih luas kepada (Foto) Nur Jihan Musa, 30 tahun, untuk lebih dikenali dalam bidang seni. Wajah Jihan dilihat menghiasi hampir setiap stesen televisyen tempatan untuk pelbagai program.

Sejak semakin laris ini gerak geri Jihan lebih mendapat perhatian berbanding dahulu dan ramai yang menyedari kehadiran seorang jejaka yang sering dilihat menemaninya ke acara-acara hiburan. Sama cantik sama padan, jejaka yang bernama (Foto) Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 28 tahun, merupakan salah seorang peserta program Pilih Kasih musim kedua.

“Dah berzaman kami ke hulur ke hilir bersama ke majlis namun hanya baru-baru ini sahaja seperti mendapat perhatian. Kami berkawan sudah lama sejak dibangku sekolah lagi, tapi mula rapat sejak lima tahun lepas kerana sama-sama bergiat dalam bidang teater. Kata Jihan yang sudah lama berhenti kerja tetap sebagai juruteknik di MBSA.

Namun tiada sebarang perancangan ke arah perkahwinan dibuat kerana hubungan kami hanya kawan dan dalam proses mengenali hati budi,” kata Jihan Raja Lawak / Jihan Muse ketika ditemui di majlis berbuka puasa dan sambutan ulangtahun saluran Indo Pek di Yayasan Seni, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sudah mengenali satu sama lain sebelum bergelar artis lagi, Jihan memilih untuk mengutamakan kerjaya terlebih dahulu kerana baginya dia mula menapak dalam industri seni agak lambat iaitu pada usia 26 tahun. Jihan selesa berkawan dengan Hariz kerana dia seorang yang baik serta saling menyokong kerjaya masing-masing. Blog mohdrohaizad.com lihat pasangan Jihan dan Hariz memang sepadan seperti pinang dibelah dua.

Manakala bagi Hariz, dia menyenangi sifat berdikari yang ada pada Jihan. Hariz menegaskan seandainya ada jodoh, sebarang keputusan perlu dibincang bersama keluarga terlebih dahulu kerana dia tidak mahu membelakangi keluarga. 
sumber : http://www.mohdrohaizad.com/




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment