'Polis Trafik Kadbod' Kawal Lalulintas Di Bangalore. (Gambar & Video)

on Friday, July 12, 2013

 

Bangalore, India sebuah bandar yang mempunyai 8 juta penduduk tetapi hanya mempunyai 3,000 anggota polis trafik.

Di Bangalore pemandu-pemnadu kenderaan kerap tidak mengikut peraturan, mereka tidak akan berhenti dilampu isyarat walaupun menunjukkan warna merah kecuali ada seorang polis trafik disitu.


Untuk mengatasi masalah tersebut Pesuruhjaya Polisnya MA Saleem telah menubuhkan anggota ‘polis trafik kadbod’ dengan harapan pemandu yang melihat ‘mereka’ akan takut serta mengikut peraturan jalanraya.

Pesuruhjaya Polis MA Saleem berkata, pemasangan kadbod yang menyerupai anggota polis trafik sangat berkesan dan ‘mereka’ boleh ditugaskan selama tujuh hari seminggu dan ianya juga dapat menjimatkan wang daripada mengambil anggota baru.


Ramai pemandu mengakui telah tertiup dan memperlahankan kenderaan mereka apabila ternampak ‘polis kadbod’ itu kerana mereka menyangkakan ia adalah polis trafik sebenar.

Polis kadbod telah digunakan di bandar-bandar yang lain sebelum ini, termasuk beberapa bandar-bandar di Republik Czech.

Setakat ini, Pesuruhjaya Polis Bangalore MA Saleem gembira dengan keputusannya walaupun 3 polis trafik kadbodnya telah dicuri.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment