Ashraf Muslim Sudah Bertunang!

on Wednesday, May 15, 2013




Isu perkahwinan Ashraf Muslim semakin menjadi bualan hangat selepas seorang wanita bernama Sakinah tampil memberi kenyataan menerusi akhbar Harian Metro bahawa isteri pelakon tersebut, Noor Dayana Lokman redha sekiranya suaminya itu berkahwin lain.
Sakinah turut mendakwa sudah lama mengenali Ashraf dan isterinya itu, malahpernah berbicara dengan Dayana tentang perkara tersebut.

Walaubagaimanapun menurut laporan dari Malaysian Digest, Ashraf menerusi akaunTwitter miliknya menyangkal dakwaan tersebut, walaupun tidak mengulas lanjuttentang kewujudan Sakinah.

"Makin banyak fitnah dilemparkan yang direka-reka oleh wartawan HarianMetro. Semoga Allah memberkati kamu. Ingat kita ada Allah," tulisnya di Twitter.

Terbaru, peminat hiburan di forum Cari telah menemui beberapa keping gambar wanita yang didakwa sebagai Sakinah. Malah ada yang mengatakan Ashraf dan Sakinah telah pun bertunang.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment