Gila! Lelaki Ini Sanggup Pakai 70 Lapis Baju Kerana Elak Bayar Lebih

on Saturday, May 18, 2013



Gila! Lelaki Ini Sanggup Pakai 70 Lapis Baju Kerana Elak Bayar Lebih | Beijing: Seorang penumpang menaiki penerbangan dari China ke Kenya dengan memakai 70 helai pakaian semata-mata untuk mengelak bayaran tambahan kerana membawa bagasi berlebihan. 

Perkara itu disedari selepas lelaki terbabit berjalan dengan gaya pelik dan mencurigakan selain kelihatan seperti ahli gusti sumo ketika melintasi mesin imbasan logam menyebabkan penggera berbunyi. 

Penumpang kini bukan saja terpaksa membayar surcaj bahan bakar, cukai lapangan terbang, insuran perjalanan, serta bayaran memilih tempat duduk tetapi juga dikenakan bayaran untuk lebihan muatan yang disifatkan membebankan mereka, lapor Asia One. 

Ketika pemeriksaan badan oleh pihak berkuasa lapangan terbang, rahsia lelaki itu terbongkar dan dia didapati memakai 70 helai baju semata-mata untuk menjimatkan wang daripada membayar bayaran tambahan lain termasuk caj bagasi tambahan. 

Buat kesilapan besar 

“Dia sebenarnya memakai 70 helai baju dan sembilan helai seluar jeans dan bagi mengelakkan lebihan muatan, dia mengenakan semuanya sekali gus. Poket seluar itu pula dipenuhi berpuluh tali leher dan permainan kanak-kanak,” kata seorang pegawai lapangan terbang yang dipetik AsiaOne. 

Malangnya lelaki itu membuat kesilapan besar kerana turut memuatkan poket seluarnya dengan bateri, pemacu pena (thumb drives) dan alat pengecas yang menyebabkan penggera berbunyi. Dia mungkin terlepas sekiranya tidak membuat kesilapan itu. - Agensi
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment