Kisah Benar Pengakuan Bekas Pelacur Kelas Atasan

on Monday, May 13, 2013


ARIN, 27, (bukan nama sebenar) membuka kisah paling hitam dalam hidupnya yang selama ini menjadi rahsia peribadi paling dalam buatnya.
Melihat penampilannya kini yang ayu bertudung tambahan pula mempunyai kerjaya di sektor awam, tiada siapa menyangka bahawa dia pernah menjadi pelacur kelas atasan.
Semua itu hanya untuk mencari wang mudah bagi menggantikan komputer riba pemberian ibu yang hilang di asrama.
“Bila difikirkan balik, saya tidak tahu bagaimana saya boleh terjebak dan melakukan perkara seperti itu. Kalau saya bercerita dengan individu yang mengenali saya, pasti mereka berkata saya merepek,” ceritanya.
Ada benar apa yang dikatakan Arin. Melalui penampilannya, jelas keayuan dan keperibadian seorang wanita Melayu asli yang penuh dengan sopan dan santun.
Menceritakan detik bermulanya kisah hitam dalam hidupnya itu, Arin memberitahu kejadian itu berlaku ketika dia berada pada tahun akhir pengajian di sebuah universiti tempatan.
Walaupun berpenampilan sopan dan bertudung, pergaulan bebas menjadikan dia hanyut dalam kemanisan kehidupan remaja.
Aktiviti lewat malam menghiasi diari hari minggunya dengan mengunjungi kelab malam. Namun, dia memberitahu, dia bukanlah jenis gadis yang terlalu liar dan hanya mengunjungi kelab malam bersama teman-teman perempuannya yang lain.
Arin bernekad untuk mencari wang bagi membeli komputer riba yang baru.
Namun, mendapat wang sehingga RM3,000 bagi pelajar adalah sesuatu yang sukar.
Pelajar jurusan komunikasi itu akhirnya mendapat ilham setelah melihat seorang rakannya yang diulit kemewahan hasil pekerjaan sebagai gadis pengiring dan pegawai perkhidmatan pelanggan (GRO) di sebuah pusat karaoke mewah di ibu negara.
“Kawan saya itu sangat mewah. Dia jadi GRO ada gaji tetap. Tugas dia melayan tetamu yang datang ke pusat itu yang kebanyakannya warga asing.
“Jika ada pelanggan yang mahu membawanya bermalam di luar (kebiasaannya hotel) bayaran tambahan akan diberi kebiasaannya melebihi RM1,000 semalam. Bayangkan berapa pendapatan yang dia boleh dapat sebulan,” ujarnya.
Oleh kerana terlalu terdesak untuk mendapatkan wang, Arin menawarkan diri untuk bekerja di situ secara separuh masa.
Tidak dinafikan, perasaan takut mula menyelubungi pada hari pertama bekerja di situ. Selepas tiga hari, dia mendapat tempahan untuk dibawa bermalam.
Pelanggan akan menjemput di hadapan pusat tersebut selepas selesai waktu bekerja dan akan menghantarnya semula selepas selesai.
Pengalaman pertamanya adalah dengan pelanggan dari Korea. Selepas selesai melakukan hubungan seks dan berehat seketika, dia dihantar semula ke pusat karaoke tersebut.
“Bila mula-mula dapat duit memang rasa seronok sangat tapi perasan sedih hanya tuhan sahaja yang tahu. Kita bersama dengan orang yang tidak dikenali dan mereka akan melayan kita seperti haiwan.
“Maklumlah, mereka membayar kita ribuan ringgit. Masa tu rasa diri ni hina sangat. Mereka kasar terutama pelanggan dari negara Timur Tengah. Mereka buat apa saja yang mereka suka,” katanya.
Menurut Arin, bila melihat wang yang banyak dia tidak merungut. Walaupun duit yang diperlukan untuk membeli komputer riba sudah mencukupi, dia menjadi seperti gian mahukan jumlah yang lebih banyak.
Wang tersebut digunakan untuk membeli pakaian, barang perhiasan dan juga bersukaria bersama teman-teman.
Namun, apabila tamat peperiksaan akhir, Arin pulang ke pangkuan keluarga. Ketika itu dia terpaksa meninggalkan pekerjaan mewahnya itu.
Sejurus pulang ke rumah ibunya, Arin secara automatik berasa dirinya sangat kotor dan perasaan tersebut tidak pernah muncul dalam dirinya sepanjang 45 hari dia bergelumang sebagai pelacur kelas atasan.
“Pelacur kelas atasan?!… Bila fikirkan balik saya rasa nak menjerit sahaja. Tak sangka saya sanggup melakukannya,” ujarnya lagi. SUMBER


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment