Maruah sebagai seorang artis yang disanjung tinggi oleh peminatnya telah tercalar, apabila berkongsikan video beliau yang syok sendiri ditayangkan
di sebuah laman KEEK.com. Saya Mohon Maaf, Mohon Maaf itu lah yang dilaungkan oleh artis malaysia kita iaitu Sharifah Sakinah yang ingin orang mengutuk video ciptaannya sendiri dan boleh digambarkan seperti permikiran yang cetek ilmunya.
Minggu lalu pelakon yang pernah membintangi drama “Biar Mimpi Sampai Ke Bintang” dikecam teruk dek kerana memuat naik video keek menerusi akaun Anzalna Nasir yang mengundang kebencian ramai pihak sehingga ada yang memberi komen tidak sihat.
Setahu kami, Keek ini macam Twitter versi video yang mana ramai artis dan juga para selebriti menjadikan medium ini sebagai salah satu cara interaksi baru bersama peminat agar merek berasa lebih dekat.
Tapi lain pula yang terjadi kepada pelakon ini yang juga adik kepada pelakon komedi popular, Sharifah Shahirah yang kalau dilihat seakan cuba meraih publisiti.
“Hai saya Sharifah Sakinah, saya hack telefon Anzalna sebab nak populariti yang tinggi. Hari ini saya pakai lipstik merah, spender merah dan bra merah. Tak sabar nak tunggu orang kutuk,” itulah antara yang dikatakan.
Ketika dihubungi, Sharifah Sakinah mengakui bahawa video itu dilakukan hanya sekadar suka-suka dan tidak menyangka caranya di dalam video itu mengundang rasa kurang senang ramai pihak.
“Memang betul ketika itu saya buat Keek guna akaun Anzalna, tapi ketika itu saya cuma mahu main-main bersama Anzalna tidak sangka pula perkara ini boleh kecoh dan mengundang tidak senang ramai pihak”
Sakinah turut memohon maaf kerana menggunakan ayat yang kurang manis dan megakui silapnya dan akan lebih berhati-hati sebelum melakukan perkara yang boleh tersebar luas seperti di internet.
“Saya mohon maaf sangat kalau ada yang terasa dengan tingkah laku saya. Kadang-kadang kita sebagai manusia biasa bukan sedar,” ujarnya lagi.
Kepada mereka yang belum, lihat tayangan video tersebut boleh nilaikannya sendiri.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment