Sebelum ini penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin pernah berhasrat untuk bercuti ke Jerman bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K bagi merehatkan diri. Selain bercuti, kemungkinan Datuk K akan menjalani rawatan fisioterapi di sana.
Namun perancangan itu tidak menjadi dan terkini, pelantun lagu Biarlah Rahsia itu menyimpan hasrat untuk ke wilayah Gaza di Palestin. Hasrat itu sudah lama diimpikan penyanyi berusia 34 tahun itu selepas tersentuh melihat rakyat Palestin terutamanya kanak-kanak yang hidup menderita akibat kezaliman rejim Zionis.
"Sudah lama sebenarnya Siti mahu ke Gaza bagi melihat sendiri penderitaan rakyat di sana dan pada masa sama ingin memberikan bantuan yang diperlukan. (Pelakon) Afdlin Shauki sebelum ini pernah mengajak Siti ke sana tetapi malangnya masa dan keadaan tidak mengizinkan
"Siti perlu berbincang dengan suami terlebih dahulu untuk meminta izin daripadanya. Lagipun suami masih lagi menjalani proses rawatan susulan (akibat ditimpa kemalangan motosikal di Queenstown, New Zealand pada 13 Disember tahun lalu)", kata beliau seperti yang dilaporkan Kosmo! hari ini.
Tambah Sitii, soal gentar mahu menjejakkan kaki ke bumi bergolak itu tidak pernah tmbul dalam dirinya. Sebaliknya beliau berserah segalanya kepada Allah. Dan semangatnya semakin berkobar-kobar lebih-lebih lagi apabila melihat rakan artis lain yang ke Gaza tidak mengalami sebarang kesulitan.
Sebagai langkah membantu rakyat Gaza, Siti bersama-sama kumpulan nasyid Rabbani bakal mengadakan persembahan Rebuild Gaza For A Nation pada 29 Jun ini. Ia bagi mengumpul dana untuk membangunkan semula Gaza, daerah yang musnah teruk angkara serangan Zionis Israel. MD
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment