Isteri Ke Kebun, Suami Rogol Anak Di Rumah

on Sunday, June 16, 2013



Petang yang sunyi di sebuah rumah panjang dijadikan peluang oleh seorang ayah untuk memuaskan nafsu serakahnya dengan memperkosa anak gadisnya sendiri. Ketika isterinya keluar ke kebun, si ayah menggunakan peluang berkenaan mendekati anak perempuan yang baru meningkat remaja.
Mangsa yang berusia 13 tahun merupakan anak tunggal, sama sekali tidak percaya diperlakukan sedemikian oleh bapa kandungnya.
Suspek yang berusia 50-an secara tiba-tiba menerkam dan mengoyak pakaian anaknya yang leka menonton televisyen di ruang tamu kediaman mereka.
Ketika kejadian sekitar jam 2.30 petang, kebanyakan penduduk dewasa termasuk ibu mangsa keluar rumah untuk mengusahakan kebun dan ladang kelapa sawit.
Ibu mangsa yang letih selepas balik dari kebun dikatakan terkejut melihat `aksi’ terkutuk suaminya itu terhadap anaknya sendiri.
Berang dengan perbuatan si suami, mangsa segera dibawa keluar oleh ibunya dan segera melaporkan kejadian berkenaan kepada polis di Balai Polis Batu Niah di sini sekitar jam 3 petang.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintenden Ismail Idris yang dihubungi semalam mengesahkan kes ini dan menambah, suspek ditahan setelah menerima laporan daripada ibu mangsa.
“Suspek ditahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama 20 tahun atau sebatan,” jelasnya.
Suspek ditahan untuk siasatan lanjut. Mangsa juga dirujuk ke Hospital Miri untuk pemeriksaan. SUMBER

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment