Laldin yang juga adik bongsu daripada tiga beradik itu berkata, ketika mahu membuat pengecaman mayat, hatinya berdebar-debar, namun reda dengan apa yang akan berlaku.
Katanya, ketika dibawa masuk ke dalam runtuhan itu mayat abangnya yang dipanggil ‘Abang Ti’ rapat dengan papan pemuka kereta Kelisa yang sudah remuk.
“Sukar saya gambarkan keadaan abang Ti ketika itu. Mayatnya teruk dan menyayat hati dan lebih menyedihkan, saya turut menemui makanan yang dibeli untuk anaknya di dalam kereta,” katanya ditemui selepas tersedar dari pengsan dan menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP) awal pagi semalam.
Menurutnya, sebelum kejadian, dia bersama kakak ipar, Shariffah Ramli, 40, membuat laporan di Balai Polis Batu Maung selepas arwah tidak pulang sejak petang Khamis lalu, selain terdengar berita polis meminta waris keluarga yang hilang membuat laporan. SUMBER
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment