Pemilik Blogger Beautifulnara Dirompak Kereta BMW Dilarikan

on Wednesday, June 12, 2013

Pemilik Blogger Beautifulnara Dirompak Kereta BMW Hilang Dilarikan. Terpapar di akhbar bahawa empunya blog beautifulnara laman hiburan terkenal telah kena rompak dan kerugian kira-kira RM350,000 apabila kereta BMW miliknya dilarikan tiga penjenayah di kawasan Aman Puteri.

Gambar Pemilik Beautifulnara (Nazuwan Ahmad) 
beautifulnara

Nazuwan berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.10 petang, dia bersama isteri, Fadzlin Zulkiflee dan seorang anak mereka sedang melihat kerja ubahsuai rumah yang baru dibeli di kawasan berkenaan. Katanya, tiba-tiba datang kereta jenis Perodua MyVi hitam, meluru ke arah mereka sekeluarga dan tiga lelaki bertopeng mengeluarkan parang.

Petikan Blogger Beautifulnara Dirompak
beautifulnara

“Penjenayah mengugut saya dengan parang, mengambil duit RM30 di dalam beg duit dan melarikan kereta BMW 3 Siri berwarna putih berplat WWM 7040. Saya sangat gementar dan bimbang dicederakan oleh lelaki itu. Saya tergamam dan terus memberikan apa sahaja yang diminta oleh mereka. Saya rasa, mereka memang dah jadikan kereta itu sebagai sasaran,” katanya.
Beliau berkata, mereka sekeluarga selamat dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pelong, Kuang. SUMBER
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment