Penjelasan Norsiah Ramli Ibu Mertua Farid Kamil isu hubungan mereka yang dikatakan agak teruk dilaman sosial. Baru-baru ni Farid menerusi twitter telah meluahkan rasa kurang senangnya dengan ibu mertua sendiri iaitu ibu kepada Diana Danielle. Farid juga mengatakan bahawa dia terpaksa bersabar dengan sikap dan kerenah ibu mertuanya itu. Pada masa sama, ibu mertua Farid Kamil menjelaskan bahawa dia terima segala kritikan Farid dengan hati yang terbuka demi masa depan dan kebahagian anaknya.
Penjelasan Ibu Mertua Farid Kamil Isu Hubungan Mereka
“Biarlah dia (Farid) nak kata apa, saya senyum saja. Doakan yang baik-baik untuk mereka, itu saja yang mampu saya lakukan,” katanya.
Farid menerusi akaun Twitter pada Isnin lalu menulis kenyataan seolah-olah satu sindiran kepada ibu mentuanya itu. Dia dilihat memberi reaksi kepada pertanyaan bagaimana dia meneruskan kehidupan dengan ibu mentuanya itu. Dalam hari yang sama menerusi Twitter, Farid turut membuat kenyataan dia sudah bersabar selama empat tahun dan ia dipercayai merujuk kepada kehidupannya dengan ibu mentuanya itu. Norsiah berkata, pada awalnya dia langsung tidak tahu-menahu mengenai perkara itu sehingga dimaklumkan.
“Selepas baca di sebuah blog, baru saya tahu (kenyataan Farid). Biarlah dia (Farid) yang nak petik. Saya okay saja,” katanya. SUMBER
Kenyataan Farid Kamil
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment