Pulau Konet Harus Ditukar Nama

on Thursday, June 13, 2013


ALOR GAJAH: Memalukan apabila ada pasangan muda mudi yang mabuk cinta tanpa segan silu memadu asmara di kawasan tersorok di Pulau Konet, Kuala Sungai Baru, dekat sini.


Pulau terletak di Kampung Telok Gong itu kini dikatakan menjadi tumpuan pasangan bercinta melakukan perbuatan itu tanpa mengira waktu dengan menjadikan celah batu dan tebing bukit sebagai port melakukan aksi terlarang. Perbuatan terbabit meresahkan penduduk berhampiran pulau berkenaan khususnya penduduk Kampung Telok Gong yang tidak tahan dengan perlakuan sumbang terbabit.

 Penduduk, Hasni Yang Ghazali, 50-an, berkata, keadaan pulau yang kecil memudahkan pasangan 
menyorok di celah pokok ketapang yang merimbun selain di sebalik tebing bukit di pinggir pantai untuk melakukan aksi itu.

“Mereka ini tidak hiraukan kehadiran orang ramai yang datang ke pulau ini untuk beriadah dan memancing ikan. Mereka dengan selamba melakukan aksi peluk cium bersama pasangan masing-masing. “Ada pasangan masuk dalam pulau waktu air surut dan meninggalkan kenderaan di daratan dan pulang semula selepas mereka puas berasmara,” katanya.

Beliau berkata, baru-baru ini terdapat satu pasangan kekasih terkandas beberapa jam sebelum diselamatkan anggota penyelamat selepas air laut pasang mendadak ketika mereka leka memadu asmara. Menurutnya, kejadian itu sepatutnya menjadi teladan dan peringatan kepada pasangan lain, namun tambah mengejutkan apabila semakin ramai pasangan masuk ke pulau yang dianggap ‘port’ terbaik untuk melakukan maksiat.

“Bukan saja kegiatan maksiat, malah sampah dan botol arak yang dibuang pengunjung juga turut mencacatkan pemandangan di pulau ini. “Sikap suka membuang sampah di merata-rata tempat boleh mencemarkan keindahan semula jadi pulau ini,” katanya. Seorang lagi penduduk dikenali Wahab, 61, berkata, perbuatan pasangan kekasih melakukan aksi mengghairahkan dengan bercumbuan dan berpelukan di dalam semak di sekeliling pulau amat memalukan.

“Hilang segala segan silu pasangan kekasih ketika berada di pulau ini apabila mereka dengan rakus berpelukan tanpa sedar aksi diperhatikan orang ramai. Sementara itu, Pengerusi Pegawai Syarak negeri merangkap Imam (1) Masjid Tanjung Bidara, Datuk Abu Khir Jamaluddin berkata, pengunjung pulau berkenaan dinasihatkan supaya tidak melakukan perbuatan berkenaan demi keharmonian bersama.

“Pulau ini adalah destinasi pelancongan dan lokasi tumpuan pemancing melakukan aktiviti itu dan ia seharusnya tercemar dengan perbuatan maksiat. “Mereka yang ada niat tidak baik ke pulau berkenaan diminta mengubah fikiran dan segera bertaubat,” katanya di sini, semalam.

Berita di atas dipetik dari Metro & blog pilihan-anda 

* Mohon kepada pihak majlis bandaran atau menteri tempatan untuk menukar nama pulau ini kepada yang lebih sopan kerana nama Pulau Konet sudah tidak relevan lagi dan bermaksud lucah. Serta mohon pihak berwajib dan jabatan agama tempatan juga untuk melaksanakan pembersihan dari kegiatan yang tidak bermoral di kawasan tersebut.

*Aku cuba search Maps Google Pulau ini, dan ia ada dipeta tersebut seperti dibawah:
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment