Punca Wan Zack Haikal Pulang Malaysia Kerana Diumpan

on Friday, June 14, 2013

Punca sebenar Wan Zack Haikal pulang ke Malaysia kerana diumpan oleh sebuah kelab persatuan. Menurut FAM, tindakan sebuah kelab di Malaysia yang umpan Zack Haikal dengan tawaran yang berganda merupakan faktor dia berhasrat demikian. Wan Zack Haikal dikatakan ingin kembali beraksi di Liga Malaysia sebelum kontraknya tamat selama dua tahun dengan kelab Ryukyu FC di Jepun. Menurut kenyataan FAM lagi, perkara ini mengundang kontroversi dan memalukan sekiranya Wan Zack tamatkan kontrak awal di Jepun.

wan zack

Wan Zack menyertai kelab Ryukyu FC sejak Mac lalu. Selain diumpan dengan tawaran kemewahan Liga Malaysia, masalah teman wanita dikatakan turut menjadi punca pemain berusia 22 tahun itu ingin pulang ke tanah air. Apapun Zzati memberi penjelasan bahawa dia bukanlah penyebab Zack ingin kembali ke Malaysia.

Kata Zzati, biarpun berjauhan, mereka sentiasa berhubung dengan pelbagai cara dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkomunikasi. Dalam pada itu, Zzati juga berkata dia akan ke Jepun jika diperlukan bagi memberi semangat kepada pemain tersebut. SUMBER

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment