Apabila umur sudah mencecah 29 tahun, pastinya ramai orang tertanya-tanya bilakah anda akan mendirikan rumahtangga. Agaknya itulah yang terjadi kepada Yana Samsudin sehingga khabar angin dirinya sudah bertiup kencang dihebohkan. Ternyata khabar angin itu adalah palsu semata-mata.
Khabar angin itu tersebar apabila Yana dan jejaka di dalam gambar di atas hadir bersama-sama ke sebuah majlis korporat di Shah Alam baru-baru ini. Yana yang dihubungi Harian Metro melahirkan rasa peliknya bagaimana cerita tersebut boleh timbul. Kata Yana:-
Khabar angin itu tersebar apabila Yana dan jejaka di dalam gambar di atas hadir bersama-sama ke sebuah majlis korporat di Shah Alam baru-baru ini. Yana yang dihubungi Harian Metro melahirkan rasa peliknya bagaimana cerita tersebut boleh timbul. Kata Yana:-
Belum ada sesiapa pun datang merisik atau menghantar tanda pada keluarga saya. Saya sendiri pun tak tahu bagaimana cerita itu timbul. Saya antara artis yang diundang untuk memeriahkan majlis berkenaan. Saya sendiri tidak tahu menahu mana orang dapat cerita saya ada hubungan dengan lelaki dalam gambar itu.Kami tidak ada apa-apa hubungan istimewa seperti yang digosipkan orang itu. Saya juga tidak ada apa-apa lagi nak komen mengenai perkara itu. Insya-Allah, kalau ada apa-apa cerita saya nak bertunang atau berkahwin, pasti saya mengundang pihak media untuk merakamkan detik bersejarah itu nanti
Biasalah kalau gadis cantik menarik tertarik macam Yana pasti akan timbul gosip-gosip sebegini. Anggap sahaja itu sebagai doa buat Yana untuk cepat-cepat menamatkan zaman bujang. Pasti ramai yang ternanti-nanti pertunangan dan perkahwinan sebenar anda. Sama-samalah kita doakan.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment