Lagi-lagi masalah kebersihan menjadi salah satu faktor yang membuat orang enggan bahkan jijik untuk membeli makanan atau minuman di suatu tempat. Walau fast food besar dan mempunyai cawangan di banyak negara bukan bererti bebas dari masalah kebersihan. Buktinya adalah restoran makanan segeraf Mcdonald dan KFC di China. Ais batu untuk minuman di dua francais restoran makanan segera terkenal di seluruh dunia ini mengandungi bakteria jauh lebih banyak dari air tandas.
Sebuah kajian di China menunjukkan hasil yang mengejutkan. Mereka mendapati bahawa ais batu pada restoran makanan segera KFC dan McDonalds di China mengandungi bakteria 13 kali lebih banyak berbanding air tandas. Seorang wartawan membuat penyiasatan tentang hal ini.Wartawan dari China Central Television (CCTV) melakukan ujian pada ais yang ada di restoran makanan segera Beijing seperti KFC, McDonalds, dan Kungfu.
Hasilnya adalah, Ais batu pada restoran KFC mengandung 900 bakteria per milimeter. Bayangkan bila kita meminum satu gelas soda yang dicampur dengan beberapa ais batu, berapa banyak bakteria yang masuk ke dalam tubuh kita?sayangnya restoran makanan segera seperti KFC dan McD boleh lalai dalam hal kebersihan dan kualiti bahan makanan atau minuman seperti ini.
Rupanya penyebab utama adalah mesin ais yang kotor, proses steril yang buruk, atau kesalahan pekerja seperti tidak mencuci tangan, dan lain-lain. Rendahnya kesedaran untuk menjaga kualiti dan kebersihan membuat ais batu pada gerai-gerai ini tidak patut dijual kepada pelanggan. Menurut pakar keselamatan makanan Dong Qingli, jumlah bakteria sebenarnya tak terlalu membimbangkan. Yang lebih penting adalah mengetahui bakteria apa yang ada di dalamnya, dan bakteria mana yang boleh berbahaya.
Mcdonalds dan KFC mengaku dan meminta maaf serta berjanji meningkatkan kualiti kebersihan pada makanan dan minuman yang mereka sajikan. ..bagaimana dengan keyakinan pengguna?adakah masih mahu memberi peluang?
sekian
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment