Luiz macam ‘angsa mati’ - Alex Ferguson.

on Tuesday, May 7, 2013

 
London: Pengurus Manchester United Alex Ferguson mendakwa pemain pertahanan Chelsea dari Brazil David Luiz berlakon seperti ‘angsa mati’ dalam insiden yang menyebabkan pertahanan United Rafael da Silva dibuang padang pada pertemuan di Old Trafford, semalam.

United tumpas 0-1 kepada kelab dari London itu, keputusan yang mengukuhkan kedudukan Chelsea dalam kelompok empat pasukan teratas bagi meraih tiket ke Liga Juara-Juara musim depan jika mereka berjaya mengalahkan Tottenham Hotspur di laman sendiri esok.


Pengurus veteran United itu mengakui tidak mahu mempertikaikan mengenai keputusan perlawanan itu di mana mereka buat kali pertama gagal menjaringkan gol dalam perlawanan liga di gelanggang sendiri namun berang dengan insiden Rafael di buang padang.


Pemain Brazil itu melakukan kekasaran terhadap rakan senegaranya Luiz namun pemain pertahanan Chelsea itu dilihat tersenyum apabila terbaring di atas padang ketika pengadil Howard Webb melayangkan kad merah.

“Dia (Rafael) bertindak balas tapi Luiz jelas dua kali menyikunya sebelum berguling seperti angsa mahu mati dan itu yang menyebabkan pengadil percaya,” kata Ferguson. “Dia tersenyum. Ia sangat teruk, adakah itu tindakan seorang pemain profesional? “Pengadil melihat Luiz berguling. Tapi sama ada beliau terpengaruh dengan tindakan itu, saya tidak pasti.

“Apabila pemain bertindak balas, dia pasti akan dihukum. Anda boleh lihat pemain Eropah, pemain luar dan Amerika Selatan bertindak seperti ini.

“Dia (Rafael) disiku dan bertindak balas. Biasanya pemain yang bertindak balas akan dikenakan hukuman lebih berat tapi Luiz dengan jelas menyikunya sebanyak dua kali.

“Apa yang dilakukan itu sesuatu yang teruk, dia pemain muda dan seharusnya lebih tahu. Saya tidak menganggap ia satu keganasan. Pengadil tidak melihat insiden itu tapi saya fikir dia terpengaruh selepas melihat Luiz berguling di atas padang sebelum mengeluarkan kad merah.”

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment