Di zaman zaman sekarang ini penting  untuk kita mengetahui cara untuk membezakan sesuatu. Dan mencari yg  halal itu wajib bagi umat Islam. Terdapat beberapa perbezaan asas antara  daging lembu dan daging babi dan ianya agak mudah untuk kita bezakan  jika kita tahu bagaimana caranya.
Menurut Dr. Ir Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu Dan Pangan, IPB di  Indonesia mengatakan bahwa melalui mata kasar terdapat 5 aspek yang  boleh di ambil kira lantas membantu kita untuk membezakannya iaitu  warna, serat,lemak, aroma dan tekstur.
1) WARNA
Jika di lihat (gambar), warna daging babi lebih pucat berbanding daging  lembu. Warna daging babi seolah seolah warna daging ayam. Namun, ini  tidak boleh di jadikan panduan semata mata dalam membezakan daging babi,  kerana daging babi sering belumuran dengan darah dan ianya mirip dengan  daging lembu.
2) Serat Daging
Perbezaan kelihatan jelas di antara kedua dua daging. Pada daging lembu,  serat serat daging kelihatan padat dan garis garis seratnya kelihatan  jelas. Sedangkan pada daging babi , serat seratnya tidak jelas kelihatan  dan serat serat itu berada dalam kedudukan rengang. Perbezaan ini makin  jelas, apabila kedua dua daging di renggangkan seperti di dalam gambar.
Perbezaan dapat dilihat dari segi keanjalan lemak tersebut. Lemak daging  babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik. Manakala, lemak daging  lembu, lebih pejal, kaku dan mempunyai bentuk. Selain itu, lemak daging  babi lebih lembap dan sukar untuk di asingkan dari dagingnya semantara  lemak daging lembu, lebih kering dan berserat.
3) Tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih padat dan pejal berbanding  daging babi yang lembik dan mudah untuk di regangkan. Melalui perbezaan  ini, sebenarnya waktu memegangnya pun kita dah boleh terasa perbezaan  yang ketara kerana daging babi lebih kenyal dan mudah untuk kita  regangkan. Manakala, daging lembu terasa cukup solid dan keras dan sukar  untuk kita regangkan.
4) Aroma
Dari segi aroma terdapat sedikit perbezaan kerana daging babi mempunya  aroma tersendiri manakala daging lembu berbau lebih hanyir. Dari segi  aroma inilah, perkara paling penting untuk kita membezakannya, kerana  walaupun warnanya sudah di tukar dan dicampur kedua dua daging ini,  namun aromanya tetap boleh membezakan kedua dua daging ini.
Panduan panduan ini penting untuk kita tahu. Dan di harapkan panduan  panduan ini dapat membantu pembaca pembaca selangor2u.com dalam mencari  yang halal. Kerana mencari yang halal itu wajib!

{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment