SEBELUM ini, penyanyi Adele begitu menjaga privasi anak sulungnya, Angelo James Konecki daripada umum.
Malah, pelantun lagu Rolling In The Deep itu sempat dikutuk kerana begitu merahsiakan wajah anaknya. Ada yang mencemuh wajah Angelo hodoh dan berbadan gempal seperti penyanyi itu.
Bagaimanapun baru-baru ini Adele telah mempamerkan wajah Angelo sewaktu membawa anaknya itu keluar bersiar-siar di New York City tanpa cuba menyembunyikan wajah Angelo.
Angelo dilihat memakai topi berwarna putih dan Adele sentiasa mendukung anak hasil perkongsian hidupnya bersama Simon Konecki. Mereka juga dilihat menghabiskan masa di Central Park Zoo dengan gembira.
Biarpun begitu 'terbuka', mereka bagaimanapun dikawal dan ditemani oleh lima orang yang sentiasa mengawal pergerakan anak-beranak itu.
sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment