ANEH! - SETIAP KALI GADIS INI MENANGIS AKAN KELUAR DARAH

on Monday, July 15, 2013



Gadis Berusia 20 tahun Yaritza Oliva bagaikan hidup mimpi ngeri. Gadis dari Purranque, Chile ini, setiap kali ia menangis akan keluar air mata darah dan setakat ini tiada siapa yang dapat menjelaskan keadaan misteri beliau.

Doktor di Chile bingung apabila seorang wanita mengalirkan air mata darah. Yaritza Oliva ketakutan apabila kejadian ganjil itu mula menimpanya awal bulan ini. Sejak itu, tanpa sebarang amaran, mata wanita berusia 20 tahun itu mengalirkan darah beberapa kali sehari. 

Yaritza mengunjungi doktornya tetapi apabila tiada tanda jangkitan ditemui, dia disuruh pulang dengan diberikan ubat titis mata untuk menangani kesakitan yang menurutnya, tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. 

Ibu bapa Yaritza meminta rakan dan jiran di Purranque untuk membantu mereka mengumpul wang secukupnya bagi membolehkan wanita itu dirawat pakar mata. 

Bapanya, Jose yang bekerja sebagai tukang kayu, merayu dalam satu rancangan televisyen tempatan dengan berkata: “Letakkan tangan di dada anda, lihat keadaan kami dan bantu anak kami.” 

Yaritza mungkin menghidap penyakit yang jarang berlaku yang dikenali haemolacria. Penyakit itu menyebabkan penghidapnya mengalirkan air mata mengandungi darah.

Setakat ini hanya terdapat tiga kes yang dicatatkan yang mungkin menjadi tanda kepada penyakit lebih serius atau ketumbuhan atau berpunca daripada paras hormon yang tinggi pada wanita subur.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment