Segalanya bermula bila kisah sensasi perkahwinan kedua Ashraf Muslim,32, terbongkar selepas isteri pertamanya, Dayana Lokman, 26, menemui butiran dan dokumen perkahwinannya bersama Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Bangkok, Thailand di dalam beg pakaiannya minggu lalu.
Terus-menerus menerima tohmahan dan persepsi yang pelbagai daripada masyarakat, Ashraf bagaimanapun sedikit pun tidak lari daripada dunia realiti.
Namun, beliau mengakui, sesekali dia terpaksa mengelak untuk memberi kenyataan kepada pihak media kerana bimbang disalah tafsir.
Bagaimanapun, untuk isu seperti yang ditimbulkan oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai bekas tunang isteri keduanya, Wan Sakinah, dia perlu menjawab hal tersebut.
Bukan untuk menegakkan benang yang basah, sebaliknya Ashraf tampil menafikan tohmahan dia sebagai penyebab lelaki itu dan Wan Sakinah putus tunang.
Ashraf Muslim juga meminta agar masyarakat tidak terlalu ikut campur dalam urusan rumah tangganya. Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dan berani untuk berpoligami, dia mahu meledani segala kemungkinan dalam kehidupan dan rumah tangganya sendiri.
Ashraf dalam pada itu menegaskan, dia tidak pernah menjalin hubungan sulit bersama Wan Sakinah sewaktu wanita itu sedang dalam tempoh bertunang.
Ketika ditanya tentang keadaan dirinya sekarang, Ashraf tetap mendakwa beliau masih tenang dan masih mampu bersabar dengan apa yang terjadi.
"Alhamdulillah, walaupun masih ada yang berterusan bercakap tentang saya, kehidupan saya sangat tenang dan jujurnya juga, dalam situasi sekarang, saya perlu lebih banyak bersabar.
Ditebak dengan soalan tentang seorang lelaki yang mendakwa Ashraf Muslim telah menjalinkan hubungan sulit dengan Wan Sakinah dan mengaku pertunangan mereka putus 25 hari sebelum mereka berkahwin.
"Pembohong lelaki itu! Mereka putus tunang tiada kena mengena dengan saya! Itu (putus tunang) cerita lama mereka dan tak ada kena mengena dengan saya. Saya sedih apabila perkara sebegini timbul.
Dalam pada itu, Ashraf Muslim juga enggan lagi mengungkit kisah lama dan meminta masyarakat tidak mencari jalan menjatuhkan maruah mereka.
"Apa yang boleh saya katakan di sini, saya sudah pun berkahwin, jadi tak perlulah ungkit cerita lama seperti ini. Jangan juga cari jalan atau ambil kesempatan untuk jatuhkan maruah kami semua. Apabila terlalu ramai yang cuba ambil 'bahagian' dalam hal rumah tangga saya, saya jadi sedih.
"Ini hal rumah tangga saya. Dengan rendah hati, saya harap semua pihak dapat menghormati saya dan tidak masuk campur dalam hal ini. sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment