Beli Biskut Paling Banyak, Layak Hadir Ke Majlis Kahwin Zain Saidin & Che Ta

on Friday, July 26, 2013

Ini adalah satu teknik pemasaran terbaru yang pernah dengar. Unik sangat-sangat. Bijak juga Zain Saidin ini. Untuk melariskan penjualan biskutnya, Zain menawarkan tempat duduk ke majlis perkahwinannya dengan Rozita Che Wan yang bakal berlangsung Disember ini. Menarik bukan?



Untuk makluman, di bulan Ramadhan ini, Zain Saidin menjual 22 jenis biskut raya. 5 pembeli biskutnya yang paling banyak akan diberi peluang untuk hadir ke rumah terbuka Aidilfitrinya. Sementara 3 daripada 5 pembeli terbanyak, akan dapat menghadiri majlis perkahwinannya kelak.
Daripada lima peminat bertuah itu, saya akan memilih tiga daripada mereka berdasarkan siapakah yang membeli biskut paling banyak untuk hadir ke majlis resepsi persandingan saya dengan Cik Ta (Rozita) nanti



Kalau anda peminat Zain atau Rozita Che Wan, inilah peluang anda untuk bertentang mata dengan kedua-dua pelakon popular ini di hari bahagia mereka kelak. Namun kenalah keluarkan modal sikit. Peluang ini turut terbuka kepada mereka yang berada di luar bandar kerana penghantaran secara pos turut dilakukan.
sumber : http://beautifulnara.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment