Perkahwinan pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan memang dinanti ramai — tidak kira sama ada peminat atau mereka yang skeptikal dengan hubungan mereka berdua.
Jika sebelum ini Rozita Che Wan ada berkata yang mereka akan dedahkan tarikh perkahwinan mereka selepas Aidiltfitri nanti, hari ini timbul pula cerita yang jemputan ke majlis mereka sudah pun beredar.
Harian Metro menulis menerusi ruangan gossip mereka yang Zain Saidin & Rozita Che Wan akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Disember tetapi sumber mereka tidak mendedahkan tarikh yang tepat.
Pasangan berbeza umur 13 tahun ini khabarnya juga telah memilih Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam sebagai lokasi pernikahan mereka nanti.
sumber : http://gambarartis.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment