COMEL - CALICO : KAFE KUCING DI JEPUN (7 GAMBAR)

on Monday, July 22, 2013

Sejak 2007 terdapat kegilaan baru dikalangan pengusaha kafe. Kegilaan ini ialah kegilaan membuka Kafe Kucing. Apa itu kafe kucing? As the name hinted ianya kafe yang dipenuhi kucing dan anda makan serta minum dikelilingi kucing. Di Tokyo terdapat Calico Cafe. Ianya antara berpuluh kafe kucing yang tumbuh bagai cendawan sejak beberapa tahun yang lalu. Disini anda boleh membeli 20 ekor kucing dari 17 baka berbeza. So you must be wondering.

"Kenapa perlu ada kafe kucing? Mamak malaysia banyak kucing kita tak peduli langsung"

Di Jepun membela haiwan peliharaan adalah mahal. Tambahan lagi tidak kesemua apartmen membenarkan penduduk membela haiwan peliharaan. Mereka yang sukakan kucing tetapi tak mampu atau tak boleh membela pergi ke Kafe Kucing untuk dapat feeling "membela" kucing. Kafe Kucing juga popular dikalangan warga tua yang kesunyian. Paling comel ialah dibelakang menu kafe Calico disenaraikan nama kucing, baka dan tarikh lahir mereka.

Sangat comel!



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment