Bagi pemilik nama sebenar, Nurdiyana Amir Hashim, 27, yang dikenali dengan filem Dua Kalimah, 99 Kali Rindu dan Salam Cinta ini, banyak watak dalam filem yang ditawarkan padanya tidak sesuai dengan penampilan barunya itu.
“Sejak tampil bertudung, saya juga meletakkan syarat pada produser dan pengarah supaya watak yang ditawarkan perlu sesuai dengan imej muslimah ini.
“Mungkin ada segelintir artis bertudung yang tidak kisah untuk membuka tudung membabitkan babak dalam rumah, tapi saya pula sebaliknya ada prinsip dalam soal ini. Saya juga tidak akan sesekali membuka tudung semata-mata untuk menjiwai babak dalam lakonan,” katanya.
Diana yang mengikat kontrak empat tahun dengan MIG Talents berkata, dia masih ada kontrak setahun lagi dengan pengurusan mereka.
“Setakat ini saya belum ada projek filem baru dengan MIG lagi kerana tidak ada watak yang sesuai dengan saya lagi. Kali terakhir, saya berlakon filem MIG ialah Salam Cinta bergandingan dengan Kamal Adli dan Mon Rianti pada 2011,” katanya.
Bagaimanapun, kata Diana, dia juga tidak ada masalah berlakon dengan produksi lain walaupun masih terikat dengan MIG.
“Terbaru, saya baru selesai penggambaran drama Ana Aku Aiman untuk RTM. Selain itu drama Kerana Dia untuk stesen TV Alhijrah dan menjadi pengacara program SIS untuk stesen TV9,” katanya.
sumber : http://www.hmetro.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment