Gambar hiasan |
Tertuduh, Mohd Saiful Mohd Shah, 20, dari Taman Krubong Utama membuat pengakuan itu selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Azahaniz Teh Azman Teh.
Berdasarkan pertuduhan, Mohd Saiful didapati merogol seorang gadis berusia 14 tahun lapan bulan di kawasan semak, Kampung Krubong antara jam enam dan tujuh petang pada 21 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Mohd Saiful mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, semalam atas pertuduhan merogol seorang remaja berusia 14 tahun lapan bulan. |
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment