Farah Bukan Pencuri Tapi Dikhanati

on Saturday, July 27, 2013



"Anak saya bukan pencuri!" Itulah antara luahan yang dikeluarkan bapa kepada penyanyi dan pengacara, (Foto) Farah Diana Anuar, berhubung tuduhan mencuri yang dilemparkan kepada anaknya.Kesal dengan tindakan segelintir pihak yang cuba memburukkan anak perempuannya itu, Anuar Ali berharap agar tuduhan itu segera dihentikan.

"Sepanjang saya membesarkan Farah, dia bukanlah orang yang sebegitu (pencuri) kerana keperibadiannya cukup baik dan bersih daripada sebarang masalah.
"Saya tak sangka perkara sebegini boleh timbul dan ada pihak yang cuba mengaitkannya. Sebagai bapa, saya sangat terkilan dan kesal.

"Saya berharap agar tuduhan liar ini segera dihentikan demi menjaga nama baik kami sekeluarga. Ianya sangat memalukan!," katanya ketika dihubungi.

Jelas Anuar, dia berharap agar perkara ini diselesaikan dengan baik dan dapat membersihkan nama Farah yang terjejas teruk."Pun begitu, saya tidak akan campuri urusan itu dan serahkan kepada Farah sepenuhnya untuk selesaikan kes ini

"Saya sendiri tidak senang duduk bila anak saya dikaitkan dengan perkara yang memalukan sebegini.
"Saya pun tak boleh nak cakap banyak-banyak kerana perkara ini membabitkan Farah. Lagipun, Farah sendiri berada di Pulau Pinang sekarang," katanya yang mengakui anaknya itu banyak berjasa kepada keluarga.

Sekitar minggu lalu, nama bekas pelajar Akademi Fantasia Musim Kedua (AF2) atau lebih dikenali sebagai Farah Breep Breep menjadi perbualan hangat apabila dia dituduh mencuri duit dan baju semasa penggambaran sebuah program.Memandangkan Farah didakwa sering melakukan perbuatan itu, maka ada pihak sengaja menguji kejujurannya dengan meletakkan sejumlah wang ke dalam baju yang dipinjam.



Pun begitu, Farah yang juga isteri kepada usahawan, (Foto) Johan Johari, tampil menafikan dakwaan itu dan mengatakan ianya hanyalah salah faham.

Farah turut memberitahu bahawa niat sucinya untuk memulangkan wang itu melalui bapanya yang juga bekas pengawal keselamatan di TV3, disalahertikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
sumber : http://www.mohdrohaizad.com/



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment