Semua sedia maklum, Abby Abadi telah pun selamat bernikah dengan jejaka pilihannya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24 pada 9 Julai lalu dan sempena bulan Ramadhan ini, Abby telah mengambil peluang yang ada untuk berkenalan serta berbuka puasa bersama keluarga mertuanya di Tumpat , Kelantan sekitar minggu lalu.
Dalam pada itu, menerusi laman Instagram milik Abby Abadi, dia telah sempat memuat naik beberapa foto indah sewaktu berbuka puasa bersama keluarga mertuanya dengan caption berbunyi :
Sempat singgah berkenalan dengan Kaum Kerabat En Somi + berbuka puasa sama.
Berbuka sama semalam #19July2013 Sebahagian keluarga besar Arwah Tuan Haji Idris & Hajah Ramlah. Syukurrrr! mereka menerima saya seadanya. Abi tak sabar nak bawak Anak3 pula lepas ni.. Keluarga ‘hijauuu’ juga huhu rhuperrrrnyaa.
Abby Abadi berbuka puasa bersama keluarga mertua
Apa pun, diharapkan agar rumah tangga Abby bersama Farhan akan terus berkekalan. Turut kongsikan beberapa foto terkini pasangan tersebut bersama anak-anak Abby untuk tatapan anda semua.
Artikel Berkaitan :
Untuk makluman, majlis persandingan pasangan ini akan diadakan di rumah pihak perempuan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos, manakala majlis pihak lelaki akan diadakan pada 6 September depan di Tumpat, Kelantan.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment