Gempar!Lelaki Bodoh Iklan Di Internet Supaya Isterinya Di Rogol

on Saturday, July 27, 2013

Gempar!!Lelaki Bodoh Iklan Di Internet Supaya Isterinya Di Rogol | Macam-macam dunia sekarang. Caca marba sungguh dibuatnya. Seorang lelaki menggunakan kemudahan iklan di Internet menawarkan isterinya untuk dirogol lelaki lain di rumah mereka di Kannapolis, kata polis North Carolina.

Sumber polis berkata, lelaki berusia 25 tahun itu berdepan tuduhan rogol kelas pertama dan tuduhan lain.

Katanya, cubaan itu dikesan apabila isteri tertuduh menghubungi talian kecemasan 911 pada awal Ahad dan mengaku ada lelaki berpisau merogolnya.

“Mangsa dirogol dalam bilik tidurnya dan disaksikan tertuduh,” katanya.

Menurut sumber, turut ada di rumah adalah dua anak mereka, tetapi kejadian itu tidak disedari mereka.

Melalui iklan berkenaan, tertuduh menawarkan lelaki datang ke rumahnya dan berasmara dengan isterinya menggunakan ‘taktik menakutkan’.

Aksi itu juga perlu dilakukan tanpa pengetahuan wanita terbabit.

Identiti lelaki yang merogol mangsa belum dipastikan dan polis juga menyiasat kemungkinan dia diupah melakukannya. – Agensi


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment