Transisi kehidupan baru dialami penyanyi popular bernama Imratul Najwa Abdul Latif ini ternyata meninggalkan impak besar dalam dirinya.
Lebih setengah tahun meninggalkan alam persekolahan, bintang sensasi YouTube ini menganggap atmosfera universiti yang dijalani sekarang lebih berwarna-warni.
Ujar gadis berusia 18 tahun ini, kehidupan sebagai pelajar jurusan Asasi Pengurusan di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) sejak bulan lalu mengajarnya banyak perkara baru.
Sejak mendaftarkan diri di universiti, kehidupan saya banyak berubah berbanding zaman persekolahan. Antara perubahan yang saya alami adalah tidak perlu lagi berpakaian seragam hadir ke kelas berbanding di sekolah dulu.
Pada awalnya, saya kekok juga tapi lama-kelamaan saya mula menyesuaikan diri dengan pengalaman baru ini. Ia sangat menyeronokkan, katanya ketika memenuhi sesi fotografi bersama RAP, baru-baru ini.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment