Meletakkan target untuk bertunang di usia 26 tahun, Johan As'ari bagaimanapun mengakui dia dan gadis pilihannya belum membuat kata putus perihal hubungan mereka, sebaliknya mereka saling memahami perasaan masing-masing.
“Saya masih lagi 'single' tetapi jodoh itu rahsia Allah. Saya juga bukan merupakan seorang kaki perempuan dan ingin fokus kepada kerjaya. Jika wanita itu adalah pilihan yang tepat, maka saya akan membuktikan rasa cinta saya melalui adat resam,” kata Johan ketika ditemui di majlis Anugerah Syawal anjuran TV3 di Hotel Istana, semalam.
Johan yang bakal ke Dubai pada bulan Disember ini untuk penggambaran drama RTM, bercadang untuk mengikat tali pertunangan sebelum berangkat ke sana untuk tempoh dua bulan.
“Kalau boleh saya ingin mengikat tali pertunangan sebelum ke Dubai pada Disember ini, namun kami masih mengenali hati budi masing-masing. Seandainya ada jodoh maka hal tersebut akan menjadi kenyataan,” katanya.
Memilih untuk lebih berhati-hati membicarakan soal cinta, Johan menyifatkan pengalaman lalu telah banyak mematangkan dirinya. sasaran untuk bertunang di usia 26 tahun adalah sebagai peringatan untuk dirinya tetapi lebih menyerahkan segalanya pada takdir.
Selain itu, Johan juga berkongsi cerita bahawa tahun ini buat pertama kalinya dia akan beraya di Kuala Lumpur setelah neneknya meninggal dunia kerana kanser payudara. Perubahan rutin untuk beraya setiap tahun di Bukit Mertajam membuatkan raya tahun ini sungguh berbeza.
“Setiap tahun jika balik kampung saya dan sanak saudara sering dihiburkan dengan bebelan nenek. Namun, tahun ini agak sunyi tanpa adanya leteran nenek. Tidak dinafikan seluruh ahli keluarga merasai kehilangan tersebut,” katanya.
sumber : http://www.gua.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment