Julie Dahlan Tak Mahu Berpisah Dengan Hanny, Menantu

on Monday, July 1, 2013


Meskipun anaknya yang juga pelakon, Hanny atau Hani Nur Zara Harmi sudah pun sah menjadi isteri kepada adik penyanyi Dato' Hattan iaitu Shamsul Akmar Sahabudin, namun pelakon dan produser, Julie Dahlan akui tidak mahu berenggang dengan anaknya itu.

Julie Dahlan berkata anak bongsunya itu antara anak yang paling rapat dengangnnya yang selama ini tinggal bersamanya, malah dia memberitahu Hani Nur Zara Harmi atau lebih mesra dengan panggilan Hanny juga sudah berjanji mahu menjaga dan berada disamping ibunya untuk selama-lamanya.

"Saya bersyukur akhirnya anak saya dipertemukan jodoh dengan menantu yang saya kenali sebagai soerang yang penyanyang dan bertanggungjawab. Dalam gembira saya juga terharu dan sedih untuk melepaskannya sebagai isteri orang.

"Mana taknya, selama ini dialah yang paling rapat dengan saya dan sentiasa berada di samping saya. Tapi terus-terang saya amat gembira melihat dia di hari bahagianya itu. Hanny seorang anak yang baik dan bertangungjawab sehinggakan dia berjanji jika dia sudah berkahwin pun dia akan tetap akan menjaga dan membawa saya bersama," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Hanny dan Shamsul telah selamat diijabkabulkan di Masjid Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur sekitar jam 10 pagi, Sabtu lalu.

Julie Dahlan memberitahu sehingga kini anaknya itu belum ada perancangan untuk tinggal berasingan dengannya sebaliknya telah membuat keputusan untuk membawa suaminya tinggal bersama.

"Saya bersyukur kerana Hanny dan menantu mahu tinggal bersama di rumah saya. Saya tidak memaksa mereka tetapi mungkin mereka pun mahu settle down semua benda sebelum buat keputusan untuk berpindah," luahnya lagi.

Sementara itu, Julie memberitahu dia mahu Hanny menimang cahaya mata yang segera daripada mereka memandangkan usia mereka sudah pun menjangka 30-an.

"Sebenarnya saya tidak kisah bila mahu mereka menimang cahaya mata dan hanya berserah mengikut keselesaan mereka. Tetapi kalau boleh biarlah mereka segera timang cahaya mata kerana usia mereka pun bukanlah terlalu muda lagi," jelasnya lagi.

sumber : http://www.murai.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment