Keek: Erra Fazira Kemalangan Motor

on Monday, July 8, 2013




Pada hari Sabtu yang lepas, Erra Fazira telah membuatkan ribuan peminatnya berada dalam kerisauan apabila selebriti itu terbabit dalam kemalangan sewaktu menunggang motosikal berkuasa tinggi miliknya.
Namun bagi yang prihatin terhadap keadaan Erra, anda boleh menarik nafas lega kerana ia cuma kemalangan kecil dan Erra hanya mengalami kecederaan ringan di kaki kirinya. Bagaimanapun, OHBULAN! difahamkan motosikal yang ditunggang Erra agak teruk juga keadaannya.
Screen Shot 2013-07-07 at 22.05.11
Menerusi video Keek yang dimuat naik oleh Umie Aida dan Linda Onn, mereka dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke Port Dickson namun terpaksa membatalkan niat sebaik sahaja kemalangan itu terjadi.

Screen Shot 2013-07-07 at 22.06.30
Keadaan Erra Fazira selepas kemalangan
Tak pasti apakah punca sebenar kemalangan tapi apa yang difahamkan, Erra terbabas hingga berada di bawah lori selepas motosikalnya gagal dikawal.
Apapun, syukurlah Erra tidak mengalami kecederaan teruk walaupun apa yang diceritakannya di dalam video Keek milik Umie Aida agak mencemaskan. Jom tengok video di bawah untuk mengetahui apa yang terjadi.
Kredit foto: Instagram Umie Aida
sumber : http://www.ohbulan.com/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment